Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bubur Lambuk ADABI Bersama MYDIN Sempena Ramadan 2017
Bubur Lambuk ADABI untuk kali ini berkaloborasi diantara ADABI dan MYDIN sempena Ramadan 2017. Program bubur lambuk bukanlah pertama kali diadakan di MYDIN tetapi sudah bertahun-tahun. Untuk acara tahunan kali ini dijalankan bersama pihak ADABI sepanjang bulan Ramadan . ADABI juga mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Mydin dan telah memilih 5 lokasi diantara MYDIN hypermarket yang ada di seluruh Malaysia. Program bubur lambuk ini juga adalah satu langkah yang bijak kerana ianya akan mengekalkan penjenamaan Adabi itu sendiri di kalangan masyarakat dan pengguna setia Adabi.
Bubur lambuk ADABI kali ini memilih 5 lokasi Mydin yang telah dipilih seperti :
- 3/7/2017 – Mydin, USJ
- 4/7/2017 – Mydin, MITC Melaka
- 10/7/2017 – Mydin, Pelangi Indah, Johor
- 10/7/2017 – Mydin, Samariang, Sarawak
- 16/7/2017 – Mydin, Gong Badak, Terengganu
Bubur Lambuk ADABI
Bubur lambuk ADABI. Apa yang menjadikan kelainan adalah dimasak menggunakan seratus peratus bahan-bahan dan menggunakan produk ADABI sendiri. Sebanyak 10 periuk bubur lambuk akan dimasak oleh pihak ADABI untuk di setiap lokasi terpilih kecuali di Mydin, USJ dimana bukan 10 periuk yang bakal dimasak tetapi 20 periuk yang akan dimasak dan bermula sejak jam 8 am pagi lagi
Keseluruhan bubur lambuk yang akan diedarkan di seluruh Malaysia adalah sebanyak 30,000 bungkusan bubur lambuk. Dalam pada itu, kerjasama antara ADABI dan MYDIN juga akan dibantu oleh sukarelawan dari badan NGO, persatuan pengakap, badan beruniform dan penduduk setempat.Selain daripada program memasak bubur lambuk. Bukan sahaja pemberian atau pengagihan bubur lambuk tetapi 2 pihak yang berkaloborasi ini turut meraikan anak-anak yatim yang dibawa khas untuk program ini.
Acara seperti membeli-belah untuk persiapan hari raya ,pemberian sumbangan duit raya serta berbuka puasa bersama warga kerja ADABI dan MYDIN . Anak-anak yatim juga bakal dihiburkan oleh artis yang turut hadir untuk memeriahkan majlis ini.
Shopping Raya
Sumbangan Duit Raya
Secara keseluruhannya, program ini bakal memberi impak dan juga kekuatan buat kedua-dua belah pihak . Insyallah dapat menarik golongan masyarakat terutamanya generasi muda untuk mengenal, mengenali, dan juga membuat bubur lambuk jua menghargai hidangan juadah makanan tempatan kita
Layari untuk maklumat lanjut
Website MYDIN : http://www.mydin.com.my/
Facebook MYDIN : https://www.facebook.com/MydinMalaysia/