POP MART MALAYSIA PERTAMA DI BUKA, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bukan sekadar koleksi yang kaleng-kaleng, boleh jadi ‘obses’ dengan koleksi yang ada.
POP MART MALAYSIA
Syarikat hiburan berasaskan watak pemimpin pasaran yang terkenal dengan kotak misterinya, terus mengembangkan sayap operasi globalnya dengan pembukaan gedung terbaharu di Asia Tenggara.
Jenama tersebut telah mengalu-alukan penyertaan cawangan runcit terbaharunya dengan pembukaan rasmi gedung POP MART pertama di Malaysia.
Berlokasi di tingkat lima pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur (KL) di Jalan Bukit Bintang.
Menceburi pasaran Malaysia buat pertama kali pada awal 2021 menerusi gedung e-dagang rentas sempadan dalam usaha membina landasan yang kukuh bagi membuka gedung fizikal tempatan.
MALAYSIA ANTARA PASARAN TERBARU
Malaysia ialah pasaran terbaharu di rantau ini yang menjadi tumpuan POP MART selepas jenama tersebut bertapak di Singapura. Gedung POP MART telah dibuka di Funan,Singapura pada 2021.
Pembukaan gedung Malaysia membuka lembaran baharu dalam peluasan perniagaan POP MART di Asia Tenggara. Malaysia berpotensi besar sebagai sebuah pasaran utama bagi kami selepas Singapura
Kedua-dua negara mempunyai budaya tempatan yang sebanding dan juga pasaran pengumpul koleksi mainan seni yang agak besar.
Kami boleh memanfaatkan pencapaian kami di Singapura untuk membina operasi di Malaysia, dengan potensi meluaskan perniagaan ke negara-negara jiran yang lain.
-kata Justin Moon, Presiden POP MART Global
POP MART PAVILION KL
Gedung POP MART Pavilion KL seluas 146 meter persegi(1,569 kps) ini telah direka bentuk untuk menarik hati golongan dewasa muda dan milenial dengan lampu warna RGB berubah-ubah di pintunya.
Belum lagi reka hias dalaman yang berwarna-warni dan menarik perhatian. Rangkaian barangan di POP MART Malaysia termasuk produk edisi terhad bagi peminat tempatan.
Antaranya DIMOO Mango Jelly(Jeli Mangga) Plus , SKULLPANDA Dark Maid Edisi Terhad 100%, Labubu Shepherd Edisi Terhad 100% dan bahan koleksi popular lain.
HARI JADI DIMOO
POP MART juga meraikan satu lagi detik penting hari ini, iaitu hari jadi DIMOO, salah satu IP (harta intelek) utama dan watak paling disayangi jenama ini.
Para peminat boleh menebus pelbagai cenderahati DIMOO dengan pembelian yang dibuat dan lebih penting lagi.
Menjadi antara yang pertama di rantau ini untuk memiliki Siri Retro DIMOO, yang dibawakan secara eksklusif di POP MART Pavilion KL hari ini.
POP MART bercadang untuk terus meluaskan pasaran Malaysia. Dengan membuka lebih banyak gedung fizikal dan mesin layan diri (robo shop) di lokasi-lokasi utama di Malaysia.
Selain daripada saluran dalam taliannya. Sejak melancarkan perniagaan globalnya pada 2018, POP MARTsentiasa memberi keutamaan kepada pasaran Asia Tenggara.
kata Moon.
POP MART Pavilion KL terletak di 5.39, Tingkat 5, Pavilion Kuala Lumpur . Di buka setiap hari dari jam 10.00 pagihingga 10.00 malam.