BERAS JATI TEMPA REKOD MALAYSIAN BOOK OF RECORDS, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jarang kita dengar ada yang tidak menggemari nasi sebagai makanan harian.
Terbaru, antara jenama beras yang ada di pasaran Malaysia telah meraikan sambutan ulang tahun ke-30 Lot 10, Kuala Lumpur.
BERAS JATI REKOD MALAYSIAN BOOK OF RECORDS
Kejayaan menghasilkan guni beras terberat iaitu seberat 3 tan telah menempa rekod baharu dalam Malaysia Book of Records. Ini adalah kejayaan Jati sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-30.
Sijil pengiktirafan telah disampaikan kepada pihak JATI oleh wakil Malaysia Book of Records pada majlis itu.
BERAT 3 TAN BERAS
Guni seberat 3 tan ini adalah guni beras terberat yang pernah dihasilkan di Malaysia, memecahkan rekod terdahulu yang pernah dicatatkan iaitu seberat 1.501 tan.
Lebih menarik lagi, 3 tan beras itu juga akan didermakan kepada golongan yang memerlukan seperti rumah kebajikan anak yatim dan pusat penjagaan warga emas.
SAMBUTAN 30 TAHUN KEGEMILANGAN BERAS JATI
Majlis sambutan ulang tahun yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Azman Mahmood, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari pengunjung.
Pelbagai acara signifikan bertemakan 30 tahun kegemilangan JATI telah diadakan antaranya adalah pertandingan Tangkap&Menang. Dimana peserta perlu mengambil gambar secara kreatif bersama 30 arca hidangan yang disediakan untuk berpeluang memenangi 303 set hadiah yang menarik.
KEJAYAAN YANG PERLU DIKONGSI
Pencapaian 30 tahun ini merupakan kejayaan yang perlu dikongsi bersama semua yang setia menyokong JATI selama ini.
Seperti pek istimewa 300g Jati Signature Pusa Finest Basmathi 1121 yang direka khas bersempena sambutan ulang tahun ini dengan hanya RM3 sahaja.
-kongsi Chua Ken Jin, Pengurus Besar Serba Wangi Sdn Bhd
BUKTI KEWIBAWAAN DALAM INDUSTRI
Selepas tiga dekad berada di pasaran, JATI telah membuktikan kewibawaannya menerajui industri ini. Kepelbagaian barangan yang dihasilkan, termasuk tepung, bihun.
Ini menunjukkan dedikasi JATI dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.
JATI juga berharap agar dapat menjadi jenama global dengan pelbagai jenis produk yang memenuhi keperluan orang ramai di semua peringkat masyarakat suatu hari nanti.