Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

POOVA NYANYIKAN KEMBALI ‘BERSAMA DI HARI RAYA’ | Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang bersuara lantang ‘KARYA’.

POOVA

Ini adalah artis yang sedang meningkat naik dan pernah di puji bakatnya oleh penyanyi terkenal antarabangsa. Dalam program pencarian bakat Asia Dream, beliau mendapat pujian dari Michael Bolton.

NYANYI KEMBALI – BERSAMA DI HARI RAYA

Kembali memeriahkan bulan Ramadan tahun ini , beliau menyanyikan semula lagu ‘Bersama Di Hari Raya’. Lagu ini pernah dipopularkan oleh kumpulan adik-beradik terkenal 80-an, Helen dan Irene Savari iaitu Cenderawasih.

“Ini merupakan kali pertama saya menyanyikan lagu Raya. Sebenarnya sudah lama teringin menyanyikan lagu sebegini bagi memeriahkan bulan puasa . Juga sebagai persediaan menyambut Hari Raya yang bakal diraikan kelak,” katanya.

“Poova sengaja memilih Bersama Di Hari Raya kerana ingin mengembalikan nostalgia zaman-zaman dulu. Di mana penyanyi bukan Melayu turut menyanyikan lagu Raya. Terima kasih kepada pihak pengurusan kerana mencadangkan lagu ini.

“Selain itu, Poova turut menyanyikan lagu tersebut dengan cara yang tersendiri namun masih mengekalkan identiti asalnya,”

-kata pemenang trofi Artis Baru Terbaik dan Vokal Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik Ke-21 (AIM21) tahun 2014

“Saya nampak kekuatan vokal yang ada pada Poova sebagai seorang penyanyi yang versatil. Jadi saya cadangkan mengapa tidak beliau menyanyikan lagu Bersama Di Hari Raya oleh kumpulan Cenderawasih.

Disamping itu dapat mengimbau kenangan lalu di mana ramai penyanyi bukan Melayu yang menyanyikan lagu-lagu Raya.”

“Diharapkan semua terhibur dengan dendangan Bersama Di Hari Raya yang dibawakan dan semoga kita dapat meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang.”

-kata akhir dari Poova

Untuk rekod, Karya percaturan nya dalam mengembangkan bakat yang sedia ada. Album pertama dalam Bahasa Inggeris yang berjudul ‘Ticket To Faketown’ telah melonjakkan nama Poovaa di mana dia telah berjaya memenangi kategori Artis Baru Terbaik di AIM 2014 dan sejak itu nama Poovaa mula dikenali ramai. Untuk informasi lanjut tentang Poova boleh layari di

Youtube Poova

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge