BEST KE FILEM ANWAR, THE UNTOLD STORY ?

BEST KE FILEM ANWAR, THE UNTOLD STORY ?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kenalkah anda pada figura bernama Anwar? Yang kini di kenali sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim – Perdana Menteri ke-10?

Terkini di pawagam yang berdekatan, bakal dimainkan filem insipirasi daripada kisah benar tentang figura ini. Pastinya ramai yang ingin mengetahui intipati atau jalan cerita filem ini.

TAYANGAN PERDANA FILEM ANWAR, THE UNTOLD STORY

Seramai 1,870 tetamu termasuk 500 media tempatan dan antarabangsa menonton filem tersebut di 13 dewan khusus.

Antara yang menghadiri majlis tersebut adalah Dr Wan Azizah Wan Ismail, penyanyi Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Pemuzik, pelakon dan artis Datuk M Nasir, pelakon dan penerbit veteran Fauziah Ahmad Daud, pengasas dan pengerusi DMY Creation Datuk Mohamed Yusoff.

Tidak lupa juga penulis lirik dan penulis skrip prolifik Habsah Hassan, penerbit filem tempatan Datuk Yusof Haslam dan pembuat filem popular Datuk David Teo.

Turut hadir pada majlis itu ialah pengerusi eksekutif Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd Puan Sri Cindy Lim, Pengarah Urusan Yusrych Global Yusry Makmor.

PM TURUT HADIR?

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir menonton sewaktu tayangan media khas dan VIP di Dadi Cinema Pavilion KL.

Ternyata beliau tidak dapat menahan rasa sebak tatkala mengimbau kembali kenangan perjuangannya memerangi ketidakadilan dan rasuah.

BERKONGSI CERITA

Sewaktu sidang media diadakan, beliau amat terharu kerana dapat mengimbau kembali episod-episod penting dalam hidupnya.

Tidak lupa juga memuji kebolehan pelakon serta pengarah kerana berjaya membawa wataknya.

“Ini cerita yang mesti diceritakan, perjuangan menentang rasuah perlu diteruskan.

Sekarang saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu menyelamatkan negara ini dan memerangi rasuah dan perangi mereka bersungguh-sungguh,” 

-katanya dengan disambut tepukan gemuruh.

BAGI DMY CREATION

Menggalakkan orang ramai untuk menonton filem ini, rasai dan melihat sendiri perjuangan demi perjuangan yang dilalui oleh Perdana Menteri.

Selain menyaksikan sekilas perjalanannya yang merupakan salah satu perubahan politik paling luar biasa dalam sejarah Asia Tenggara moden.

“Kami berharap semua terutama golongan belia menyokong dan menonton filem ini untuk mengetahui perjuangan sebenar Perdana Menteri kita.

Filem ini menunjukkan kepentingan membasmi rasuah di negara ini,” 

-kata Datuk Mohamed Yusoff, selaku Pengasas dan pengerusi DMY Creation.

PARA PELAKON

Filem berdurasi 1 jam 30 minit ini dibintangi oleh pelakon popular seperti Farid Kamil (Datuk Anwar), Acha Septriasa (Datin Wan Azizah), Hasnul Rahmat (Tun Mahathir) dan ramai lagi yang kebanyakannya pelakon dari Indonesia.

Ianya arahan Pengarah Viva Westi Indonesia, terbitan Yusrych Global Sdn Bhd serta DMY Creation selaku pengedar rasmi.

SINOPSIS FILEM ANWAR, THE UNTOLD STORY

Berlatarbelakangkan tahun 1993 hingga 1998 mendedahkan kisah Anwar sewaktu menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.

Sepanjang tontonan filem, ia banyak menonjolkan perjuangan beliau yang secara konsisten menentang amalan rasuah tetapi berakhir di penjara.

KIsah bermula bagaimana penahanannya sehingga ke awal perbicaraan. Jika dilihat Datin Wan Azizah senantiasa berada disisinya walaupun apa yang terjadi.

Terdapat juga flashback kepada kehidupan Datuk Anwar ketika masih kecil.

Bagaimana ajaran ibunya yang tidak membenarkan beliau mengambil hak orang lain walaupun sekecil-kecil perkara dari bangsa apa sahaja pun.

Filem Anwar, The Untold Story bakal ditayangkan di semua pawagam utama mulai 18 Mei 2023.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge