KUTIPAN POLIS EVO 3 HARI PERTAMA LEBIH DARI FAST X DUA KALI GANDA, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Filem Polis Evo 3 yang mempamerkan aksi komedi tanpa henti terus cemerlang.
KUTIPAN POLIS EVO 3 HARI PERTAMA
Pada hari pembukaan tayangan rasminya semalam dengan kutipan keseluruhan RM3.4 juta, termasuk tayangan awal untuk kutipan Polis Evo 3 hari pertama
BERJAYA KETEPIKAN FILEM FAST X
Tidak menyangka berjaya mengetepikan filem antarabangsa, FAST X dengan kutipan melebihi 2 kali ganda pada Khamis 25 Mei, sekali gus mendominasi carta kutipan pawagam.
Bukan itu sahaja, Polis Evo 3 terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures, turut
tular di media sosial pada hari tayangan rasminya semalam .
Rata-rata penonton berkongsi reaksi positif.
TRENDING DI SOSIAL MEDIA
“Syukur alhamdulillah, sokongan penonton terhadap Polis Evo 3 amat luar biasa. Kami rasa amat berbesar hati apabila penonton memilih karya tempatan untuk dijadikan tontonan.
Di kesempatan ini saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyaksikan
Polis Evo 3 di pawagam.
Momentum positif ini membuktikan penonton kita masih meletakkan kepercayaan pada karya tempatan. Kami harap penonton akan berpuas hati serta terhibur selepas menyaksikan Polis Evo 3.
Kejayaan filem tempatan mengatasi kutipan filem antarabangsa ini juga selaras dengan tagline Polis Evo 3 iaitu ‘Kita Lagi Kuat Boh’.”
-kata Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad
ANTARA PELAKON
Menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shaheizy Sam, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan, Eyka Farhana dan ramai lagi.
SINOPSIS POLIS EVO 3
Mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.
Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.
Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23juta.