PILIHAN DUTA HIMAYA PREMIUM HIJAB : ROZITA CHE WAN TERBAIK! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kini kehidupan tidak sama lagi seperti dulu. Jika dihitung dengan jari dah nak masuk 2 tahun kite hidup dalam pandemik. Nak tak nak kena lalui kehidupan ikut norma baru. Barang penting seperti hand sanitizier dan face mask atau pelitup muka antara yang wajib
DUTA HIMAYA PREMIUM HIJAB
Mungkin ada yang tidak tahu dimana Himaya mengeluarkan pelitup muka premium untuk mereka yang berhijab. Berhijab erti kata lain bertudung. Mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kelulusan MDA (Medical Device Authority).
Pelitup muka Himaya dilengkapi head-loop untuk keselesaan maksimum, berbeza dengan topeng muka ear-loop biasa dan tidak hairanlah jenama pelitup muka ini telah diiktiraf Asia Halal Brand Awards (AHBA).
Atas permintaan ramai, terkini Himaya telah melancarkan warna baru berasaskan merah samar iaitu Blush Rose dan telah melantik pelakon jelita, Rozita Che Wan, selaku dutanya.
Menurut Datuk KK Chua dengan pelancaran warna baru ini selaras dengan objektif agar wanita berhijab masih dapat bergaya dan tampil yakin bersama koleksi fesyen pelitup muka terbaru dari Himaya.
Pihaknya juga mahu mendidik pengguna untuk mendapatkan pelitup muka medikal yang diiktiraf KKM.
ROZITA CHE WAN
Duta Himaya, Rozita Che Wan figura yang cukup terkenal dalam memberi perhatian tentang gaya dan ketrampilan. Lebih mesra dikenali sebagai Che Ta tidak mahu ‘mencacatkan’ gayanya dengan memakai pelitup muka yang tidak sedondon dengan pakaiannya.
Pelitup muka Himaya yang menyasarkan wanita berhijab ini adalah pilihan terbaik bagi dirinya. Ini kerana ia menepati ciri-ciri untuk wanita bergaya dan sekaligus dapat menjaga keselamatan diri.
Menurut Che Ta bmemakai pelitup muka sudah menjadi kewajipan kepada masyarakat bagi memutuskan rantaian wabak itu.
Walaupun saya sudah mendapatkan suntikan vaksin namun kita masih perlu berhati-hati kerana tidak semestinya mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin tidak akan dijangkiti.
PENTING GAYA?
Saya amat mementingkan gaya dan pelitup muka Himaya ini menetapi kehendak saya kerana ia bukan saja mempunyai pelbagai pilihan warna, ia juga mendapat pengiktirafan KKM dan ada empat lapisan.
Jadi saya tidak perlu memakai dua lapis pelitup muka. Pemakaiannya juga amat mudah.
Selepas siap sedia untuk keluar, anda boleh terus memakainya tanpa perlu menyangkutnya di telinga (sebelum memakai tudung) seperti pelitup muka jenama lain.
Jelas Che Ta, sekarang pelitup muka adalah sebahagian daripada aksesori, kena ‘matching’ dengan warna baju. Warna baru pelitup muka ini adalah pilihannya sendiri kerana warnanya yang lembut senang disesuaikan dengan semua warna baju.
WARNA TERBARU DARI HIMAYA
Pelitup muka jenama Himaya sentiasa mendapat sambutan hangat kerana kualitinya yang terbaik dan juga didatangkan dengan pelbagai warna, antaranya seperti :-
- Love Latte (coklat lembut)
- Soft Olive (hijau pastel),
- Apricot Dream, Blue Lagoon,
- Retro Slate, Aster Blue
- Philipsburg Blue
Syarikat mengeluarkan warna terbaru ini kerana terdapat banyak permintaan dan dari semasa ke semasa kami akan terus mengeluarkan warna-warna baru,
Himaya bukan saja menawarkan pelbagai warna yang menarik, ia juga bergaya, simple, tidak leceh untuk memakainya juga selamat digunakan.Saya ada semua warna pelitup muka Himaya. Pelitup muka ini juga tidak berbulu dan tidak gatal hidung.
Dengan pelantikan Rozita Che Wan sebagai duta untuk warna baru Himaya Premium Hijab Medical Face Mask melengkapkan barisan duta sedia ada iaitu Erra Fazira, Elfira Loy, Wany Hasrita, Amira Othman dan Nabila Razali. Untuk maklumat lanjut layari