Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL) terus memperkukuh peranannya dalam memperkasakan kesihatan wanita dalam gerakan What Women Want 2026!
WHAT WOMEN WANT 2026
Menerusi pelancaran gerakan “What Women Want (For Health)” 2026, dimulakan dengan sesi santai “Sip & Share: Perimenopause Unfiltered”.

Dianjurkan bersama Parenthood Media melalui komuniti KitaParents, sesi ini membuka ruang perbualan jujur mengenai isu perimenopaus yang sering disalah faham dalam kalangan wanita Malaysia.
ANTARA ISU WHAT WOMEN WANT 2026 YANG DIBINCANGKAN
🌸 PERIMENOPAUS BUKAN SEKADAR STRESS
Perimenopaus sering dianggap sebagai tekanan biasa atau tanda penuaan, sedangkan ia melibatkan perubahan hormon yang memberi kesan kepada fizikal dan emosi wanita. Menurut Dr Premitha Damodaran, ramai wanita tidak menyedari simptom yang dialami adalah sebahagian daripada fasa ini — menyebabkan mereka berasa terasing dan keliru.
“Kesedaran awal sangat penting supaya wanita dapat mengurus kesihatan dengan lebih baik dan tidak menderita dalam diam,”
-jelas Dr Premitha Damodaran.

🗣️ ‘SIP & SHARE’: RUANG SELAMAT UNTUK WANITA
Berbeza daripada forum biasa, sesi ini diadakan dalam suasana santai seperti kafe — membolehkan peserta berkongsi pengalaman sebenar tanpa rasa malu atau prejudis.
LEBIH RILEX DAN SANTAI
Perbincangan turut diperkaya dengan kad soalan reflektif seperti simptom yang sering dicari di Google tetapi tidak pernah dibincangkan secara terbuka. Sesi soal jawab anonim juga memberi peluang kepada peserta mendapatkan jawapan secara jujur daripada pakar.

❤️ FOKUS KESIHATAN MENYELURUH WANITA
Selain perimenopaus, beberapa aspek penting turut diketengahkan:
✔ Kepentingan mengutamakan kesihatan diri
✔ Risiko kesihatan jantung selepas menopaus
✔ Penjagaan bahagian intim yang betul
✔ Kepentingan tidur berkualiti & gaya hidup aktif
Wanita juga digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan berkala serta memberi perhatian kepada kesihatan mental.
🌿 GERAKAN KESEDARAN WANITA 2026
Melalui inisiatif ini, Pantai Hospital Kuala Lumpur berhasrat merapatkan jurang antara ilmu perubatan dan pengalaman sebenar wanita moden. Kesimpulannya, perimenopaus bukan sesuatu yang perlu dilalui secara bersendirian — sebaliknya perlu difahami, dibincangkan dan diurus dengan sokongan yang betul demi kualiti hidup lebih baik.

