Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Petronas Primax 95 Baharu Menjanjikan Pemanduan , Responsif & Efisien| PETRONAS hari ini melancarkan PETRONAS Primax 95 baharu.  Dengan Pro-Drive yang menjanjikan pemanduan lancar, prestasi enjin responsif. Dan kecekapan bahan api yang lebih baik.

PETRONAS Primax 95

PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive ini adalah salah satu komitmen syarikat. Untuk memberi pelanggan suatu pengalaman yang lebih mudah. Lancar bagi memacu perjalanan mereka.

Bahan api baharu ini menonjolkan “Dual Friction Modifier” pertama di dun. Membantu mengurangkan geseran sebanyak 2090 berbanding single friction modifier. Ciri ini membolehkan enjin kenderaan untuk bergerak dengan lebih lancar dan responsif.Petronas Primax 95
Ia juga mengandungi”Double Detergent ” untuk meningkatkan ejen pembersihan bahan api. Bagi menghapuskan sehingga 99 % deposit karbon . Memastikan kebersihan enjin dan kecekapan bahan api yang lebih baik.
Sifat kimia anti-kakisan bahan api baharu ini mampu memberi enjin 2X lebih perlindungan. Untuk prestasi enjin lebih unggul.
Rumusan bahan api baharu adalah hasil daripada fasiliti penyelidikan dan pembangunan PETRONAS. Dimana ianya bertaraf dunia di Eropah dan Amerika Syarikat.
Telah menyokong Mercedes-AMG PETRONAS F1. Untuk mencatatkan rekod World Constructors Championship selama lima tahun berturut-turut pada tahun 2018.Petronas Primax 95
Jurutera kami telah meneruskan rumusan bahan api yang mampu memenuhi teknologi dan keperluan enjin kenderaan. Semasa daripada suntikan tidak langsung kepada suntikan secara langsung dan hibrid.
Pelancaran PETRONAS Primax 95
Pelancaran bahan api baharu ini dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Y.B. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Yang turut disertai oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin.
 “Saya menghargai usaha PDB dalam melabur sumber mereka. Membangunkan penyelesaian baru untuk terus memberikan yang terbaik. Memperkenalkan produk lebih baik di pasaran. Persaingan sihat antara pemain industri akan menguntungkan pelanggan. Hasil daripada penghasilan produk berkualiti yang dapat memenuhi keperluan mereka.”
 “Primax 95 baharu dengan Pro-Drive ini adalah hasil maklumbalas. Daripada siri tinjauan yang kami jalankan. Ujian ini mendapati pelanggan mahukan pemanduan yang lebih lancar. Prestasi enjin yang lebih responsif . Dan bersih dengan kecekapan baharn api yang lebih baik.”
-kata Y.B. Datuk Seri Saifuddin Petronas Primax 95
Sebelum pelancaran bahan api baharu ini, dua agensi pihak ketiga, Top Gear dan Paultan.org. Telah membuat ujian (blind test) dengan lebih 200 kenderaan jenama popular tempatan dan asing.
Keputusan yang diperolehi oleh PDB adalah sangat menggalakkan. Menunjukkan lebih 7000 peserta ujian ini menyatakan prestasi bahan api baharu ini. Lebih baik berbanding bahan api yang terdapat di pasaran sekarang. Dari segi kelancaran,  kepantasan gerakbalas dan kecekapan.
“PDB sedang giat mengorak langkah dalam perjalanan transformasi dengan mengambil laluan unik. Dalam menyampaikan produk dan perkhidmatan yang mampu melancarkan kehidupan harian dan perjalanan pelanggan kami.
Kami mengambil pendekatan berfokuskan pelanggan kami . Oleh itu mereka boleh menjangka penawaran produk yang lebih inovatif . Dan mempunyai nilai tambah mulai dari sekarang.”
-Dato’ Sri Syed Zainal turut menambah.
Kedai Mesra
Selain bahan api, PDB juga telah memperkenalkan Kedai Mesra terbaru dengan penambahbaikan penawaran produk. Termasuk makanan dan minuman untuk melengkapkan produk tanda PETRONAS, Mornings@Mesra.
Sehingga kini, lebih daripada 100 stesen PETRONAS di Lembah Klang menyokong perkhidmatan Setel. Aplikasi pintar bayaran tanpa tunai pertama di Asia Tenggara.  Membolehkan pemandu untuk membeli minyak dari dalam kereta merekaPetronas Primax 95
Di samping itu, PDB juga telah memperkenalkan trak ROVR, perkhidmatan penghantaran bahan api mudah alih yang inovatif, yang akan berada di jalan raya untuk memberikan pelanggan fleet dengan pengalaman baharu pengisian semula minyak.
Oleh kerana perjalanan transformasi PDB adalah satu inisiatif berterusan, ia akan terus berinovasi dan mempertingkatkan produk serta perkhidmatan termasuk fasiliti seperti terminal pembayaran, surau dan tandas bertaraf 5-bintang bagi memberi pengalaman yang mudah dan lancar.
Sebagai inisiatif percubaan bahan api baharu ini, bermula 1 sehingga 3 Februari 2019, pemandu akan menerima diskaun RM1 barangan di Kedai Mesra dengan setiap pembelian RM30 PETRONAS Primax 95 baharu dengan Pro-Drive di semua stesen PETRONAS di Malaysia.
Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang bahan api baharu ini, sila layari

1 Comment

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge