Posted in

GIVI ASIA LANCAR TOPI KELEDAR BAHARU, AWESOME !

GIVI ASIA

GIVI Asia memperkenalkan tiga topi keledar baharu iaitu ARIA NEO, SCUDO II dan 52.0 Full Face dengan teknologi perlindungan moden, reka bentuk premium dan pensijilan ECE R22.06.

GIVI ASIA

GIVI Asia terus memperkukuh kedudukannya dalam industri aksesori motosikal menerusi pelancaran tiga koleksi topi keledar terbaharu iaitu M33.1 ARIA NEO JET, M35.1 SCUDO II JET dan 52.0 FULL FACE sempena Malaysia Bike Show 2026 di MAEPS, Serdang.

‘MELANGKAH KE MASA HADAPAN, ERA BAHARU PERLINDUNGAN’

Mengangkat tema “Melangkah ke Masa Hadapan, Era Baharu Perlindungan”, ketiga-tiga model ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada sistem perlindungan kepala moden atau Head Protection System (HPS) yang menggabungkan keselamatan, keselesaan, teknologi dan gaya hidup penunggang masa kini.

GIVI ASIA

Pelancaran tersebut turut membuktikan komitmen berterusan GIVI dalam menghasilkan topi keledar generasi baharu yang bukan sahaja memenuhi standard keselamatan global, tetapi turut menawarkan pengalaman tunggangan lebih premium dan praktikal untuk kegunaan harian mahupun perjalanan jarak jauh.

EVOLUSI TOPI KELEDAR

URBAN DENGAN ARIA NEO & SCUDO II

Model M33.1 ARIA NEO dan M35.1 SCUDO II merupakan evolusi terkini daripada siri ARIA dan SCUDO sebelum ini dengan penambahbaikan menyeluruh dari aspek ergonomik, aerodinamik dan keselesaan.

URBAN

Kedua-dua model mengekalkan pensijilan keselamatan ECE R22.06 sambil tampil dengan visor lebih panjang untuk perlindungan tambahan daripada habuk dan angin, spoiler belakang dinaik taraf bagi kestabilan lebih baik serta sistem pengudaraan lebih efisien ketika menunggang dalam cuaca panas dan trafik bandar.

ARIA NEO

ARIA NEO tampil sebagai topi keledar buatan Malaysia yang direka khusus untuk penunggang harian yang mahukan keselesaan ringan bersama perlindungan optimum. Ia menggunakan sistem single visor praktikal serta ditawarkan dalam tiga warna premium iaitu Solid Metallic Silver, Solid Dark Grey dan Solid Black.

GIVI ASIA

SCUDO II

SCUDO II pula direka lebih versatil untuk kegunaan harian dan touring hujung minggu. Sistem double visor membolehkan penunggang menyesuaikan penglihatan dengan pantas mengikut keadaan cahaya. Model ini turut hadir dengan enam pilihan warna dan grafik moden yang lebih agresif.

52.0 FULL FACE

PERLINDUNGAN MAKSIMUM UNTUK PENGEMBARAAN JARAK JAUH

Bagi penunggang yang mengutamakan perlindungan penuh, GIVI memperkenalkan 52.0 FULL FACE yang dibangunkan untuk tunggangan bandar dan pengembaraan jarak jauh.

ALIRAN UDARA LEBIH BAIK

Topi keledar ini menggunakan pensijilan ECE R22.06 Full Face P, antara standard keselamatan paling tinggi dalam kategori full face. Ia dilengkapi sistem double visor bersama visor luar anti-calar, sun visor dalaman serta keserasian Pinlock® bagi memastikan penglihatan kekal jelas dalam pelbagai keadaan cuaca termasuk hujan dan kabus.

Sistem pengudaraan tiga arah pula membantu memastikan aliran udara lebih baik sepanjang perjalanan, manakala lapisan dalaman anti-alahan yang boleh ditanggalkan memberikan keselesaan maksimum untuk penggunaan jangka panjang.

GIVI ASIA

PILIHAN WARNA

Model ini hadir dalam empat pilihan warna menarik termasuk Matt Titanium dan Graphic Carbon Titanium Red yang menampilkan imej lebih sporty dan premium.

HARGA GIVI ASIA

GIVI mengesahkan ketiga-tiga koleksi topi keledar baharu ini akan mula berada di pasaran Malaysia bermula Julai 2026 menerusi semua cawangan GIVI Point serta pengedar sah seluruh negara. Harga rasmi adalah seperti berikut:

✔ M33.1 ARIA NEO — RM195
✔ M35.1 SCUDO II — RM370 (Solid) / RM420 (Grafik)
✔ 52.0 FULL FACE — RM350 (Solid) / RM400 (Grafik)

GIVI ASIA

Dengan gabungan teknologi keselamatan moden, reka bentuk premium dan keselesaan generasi baharu, koleksi terkini GIVI ini dijangka menjadi antara pilihan paling popular dalam kalangan penunggang motosikal urban dan touring di Malaysia tahun ini.

For any collaboration or invitation on Entertainment, Food, Travel or Event /Product Launching & Review, do email to kitepunye2018@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *