Berita baik bagi warga Pahang mahupun mereka yang berada di Pantai Timur jom berhibur di Pesta Muzik Kuantan.

PESTA MUZIK KUANTAN

Warga Pahang dan Pantai Timur, jom pakat-pakat mai untuk memeriahkan lagi Pesta Muzik Kuantan yang bakal diadakan pada 24 Februari. 2024

Bakal berlangsung di Stadium Darul Makmur Kuantan, Pahang dari jam 5 Petang.

Direncanakan sempena menyambut kepulangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah.

Bersama KDYMM Seri Paduka BagindaRaja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bakal menamatkan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI di Istana Negara dan berangkat pulang ke negeri Pahang.

KELAINAN PESTA MUZIK

Bakal mempersembahkan gabungan seni muzik dan budaya penduduk tempatan yang ingin terus dipelihara dan dikomersialkan.

Ini adalah di antara daya tarikan pelancongan yang terbaik untuk pengunjung datang ke Kuantan dan negeri lain di sekitar Pantai Timur.

ARTIS YANG TERLIBAT

Selaku penganjur, Showpro Entertainment Sdn Bhd dengan berbesar hati mempersembahkan Pesta Muzik Kuantan yang akan dibarisi oleh kumpulan terkenal dari Indonesia iaitu Ungu.

Selain itu bersama barisan artis-artis tempatan seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Ara Johari, Nabila Razali, Eda Ezrin dan Den Manjo.

PENAMPILAN UNGU

Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan Ungu?

Ungu yang cukup terkenal dengan hits seperti Kekasih Gelapku dan Cinta Dalam Hati akan mencatat sejarah tersendiri sebagai kumpulan Indonesia pertama yang tampil dalam Pesta Muzik Kuantan kali ini.

SHOWPRO ENTERTAINMENT

Penganjuran Pesta Muzik Kuantan adalah satu penghormatan buat KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Mahu rakyat jelata menikmati sebuah keraian yang menggabungkan antara muzik dan kebudayaan setempat.

Selain daripada itu, beliau juga telah menyediakan system bunyi dan cahaya yang terhangat untuk menarikperhatian pengunjung-pengunjung Pesta Muzikal Kuantan.

“Showpro Entertainment sangat berbesar hati menganjurkan Pesta Muzik Kuantan sempena menyambut kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku ke negeri Pahang.”

“Dan keraian ini tidak akan lengkap tanpa bintang jemputan terutama kumpulan Ungu yang memang sangat popular di Malaysia.

UNGU KE PANTAI TIMUR PERTAMA KALI

Ungu juga tidak pernah mengadakan persembahan di Stadium Darul Makmur secara khusus.

Maka ia adalah peluang terbaik untuk rakyat jelata negeri Pahang dan dari Pantai Timur datang ke sini menyaksikan persembahan kumpulan ini.”

“Bukan sahaja Ungu, kami juga turut menampilkan artis-artis tanah air yang berbakat besar bagi memeriahkan lagi Pesta Muzik Kuantan.

Antaranya Naim Daniel, Nabila Razali, Khai Bahar, Ara Johari, Den Manjo, Eda Ezrin dan ramai lagi.”

“Selain hiburan, Pesta Muzik Kuantan juga mempunyai objektif untuk terus melestarikan budaya termasuklah makanan dan produk tempatan. Boleh singgah dari pukul 11 pagi di perkarangan luar stadium,” 

-ujar Puan Haniah Hassan.

KONGSI UNGU

Bagi Ungu, lamaran Showpro Entertainment ibarat sebuah kesempatan yang tidak selalu ada.

Mengaku tiada sebab untuk menolak selepas melihat objektif yang mahu dicapai menerusi Pesta Muzik Kuantan.

PENGALAMAN PERTAMA

“Terlebih dahulu kami ingin berterima kasih kepada penganjur kerana memilih Ungu untuk turut serta bersama dalam Pesta Muzik kali ini.

Ini mungkin akan menjadi pengalaman pertama kali kami bermain di hadapan penduduk Pahang dan rakyat Pantai Timur.”

“Tapi yang lebih istimewa lagi adalah penganjuran Pesta Muzik Kuantan ini bersempena dengan sambutan kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Pahang.

Ia menjadi satu penghormatan buat Ungu apa lagi berkongsi pentas bersama barisan artis tanah air dan bertemu peminat di kawasan Pantai Timur,”

-ujar Pasha.

HARGA TIKET

Lebih mengujakan dimana menawarkan ‘harga rahmah’ serendah RM58.00 untuk menikmati segala persembahan dan hiburan yang telah diatur sepanjang hari.

Harga tiket adalah seperti (SEJAUH MUNGKIN) RM58.00, (DEMI WAKTU) RM88.00, (CINTA DALAM HATI) RM98.00, (KEKASIH GELAPKU & SEPERTI YANG DULU) RM118.00.

(GEGAR) RM128.00, (VIP B, FREE SEATING) RM388.00, (VIP A, FREE SEATING), RM448.00, (MIP, NUMBERED SEATING), RM628.00.

Boleh dibeli mulai 29 Disember 2023 melalui Ticket 2U dari jam 2.45 petang. (harga tiket tidak termasuk caj perkhidmatan tiket)

Radio Gegar FM merupakan radio rasmi. Segala maklumat terkini boleh didapati dengan mendengar radio Gegar FM atau laman sosial radio tersebut.

Untuk segala pertanyaan dan urusan MIP, VIP, boleh menghubungi juru cakap +60 12-268 2700 (Puan Haniah Hassan) dan hotline bernombor +6012-488 6225.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge