ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL!

ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL!| Betul ke Anuar Zain bakal mengadakan majlis istimewa dalam masa terdekat? Berita baik untuk peminat setia AZ!

Ini adalah berita istimewa dan gembira untuk peminat yang telah menjadi sebahagian daripada sejarah luar biasa di konsert Anuar Zain.

ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL

Ya, anda semua dijemput secara eksklusif untuk terus mencipta momen manis bersama Anuar Zain melalui acara ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL.

ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL!

Dibuka secara eksklusif untuk mereka yang menghadiri AZ40 dan berdaftar melalui JioTix.

Dan dalam ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL terdapat dua sejarah baharu akan dicipta bersama ‘Lelaki Ini.’

MEDAN APRESIASI DARI ANUAR ZAIN

Ia bukan sahaja menjadi medan apresiasi dari Anuar Zain buat peminat yang selama ini menjadi tulang belakang kariernya sejak 40 tahun lalu.

Tetapi untuk kali ini akan menjadi satu-satunya acara eksklusif bintang kesayangan ramai ini disamping meraikan ulang tahun ke-53-nya bersama anda semua. 

BILA MAJLIS ISTIMEWA

Majlis istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 17 Februari 2024, bermula jam 3 petang. di JioSpace, Petaling Jaya.

Didedikasikan untuk meraikan “Anuar Zain 40th Anniversary Concert” yang lalu dan bersempena bulan ulang tahun kelahiran Anuar Zain.

ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL!

“Acara ini juga merupakan tanda terima kasih yang tulus atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diterima sepanjang kerjayanya dalam industri muzik,”

-kata Ketua Pegawai Eksekutif JioBuddy, Sean Ng.

BONUS BERGANDA?

Bukan sekadar acara pertemuan biasa’, malah merupakan bonus berganda buat peminat yang berjaya mendapatkan tiket ke majlis ini .

Mana taknya bakal dihiburkan dengan 10 lagu daripada Anuar secara eksklusif! Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencipta satu lagi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan bersama AZ.

“Bertemu Anuar Zain, menyambut hari lahirnya, dan menikmati persembahan terbaiknya. Ini adalah cara terbaik untuk memulakan 2024 anda,”

-kata Sean Ng lagi.

HARGA TIKET

Anda boleh mendapatkan tiket utama (priority tickets) ini bermula dari 5 Januari sehingga 9 Januari 2024, 11:59 malam dengan menyemak e-mel anda daripada JioTix.

Untuk setiap pembelian tiket VIP 1 (RM688), nikmati hadiah tambahan bernilai RM34 mata JioRewards, untuk sebuah malam yang tidak boleh dilupakan.

ANUAR ZAIN 40 EXCLUSIVE UP CLOSE AND PERSONAL!

Beli tiket VIP 2 (RM588), dan terima RM29 dalam mata JioRewards, manakala pembelian tiket Diamond (RM388) membawakan anda mata ganjaran bernilai RM19.

Tiket akan dibuka untuk pembelian umum pada 10 Januari 2024 dan bilangannya sangat terhad.

Website Tiket | Hotline Tiket 011-11900518

Ganjaran ini akan dipamerkan melalui akaun JioRewards. Mata terkumpul akan memberikan anda pelbagai peluang di JioSpace.

Berbelanja di kedai F&B yang menarik sehinggalah ke kedai lifestyle. JioRewards boleh digunakan mulai 8 Januari 2024.

Website JioRewards

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge