PESTA CITARASA SAMBAL BAKAL BERLANGSUNG DI KL GATEWAY, BEST KE?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Belum pernah lagi dengar ada pesta sambal atau yang berkaitan dengannya.
PESTA CITARASA SAMBAL
Bakal pamer lebih 100 jenis pelbagai sambal Malaysia pada Mac ini yang bakal berlangsung di KL Gateway, Bangsar South. Pesta Citarasa Sambal atau Taste of Sambal Fiesta bermula dari 10 hingga 12 Mac 2023.
Bakal menemui pencinta sambal dengan lebih 100 jenis yang akan dipamerkan oleh usahawan usahan sambal. Bukan itu saja, produk berasa serta berkaitan tentang sambal pun ada juga.
Selain sambal Malaysia sebagai pempamer utama, pencinta sambal juga berpeluag menikmati dan membeli sambal.
Antara sambal yang ada dari Pavillion Negara Asia seperti Indonesia, Korea, Vietnam. Pakistan dan juga Thailand.
Malaysia sangat terkenal dan kaya dengan kepelbagaian makanan. Antara yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia adalah ‘Sambal’.
SAMBAL BELACAN
Ini dikatakan antara sambal yang wajib atau lebih dikenali sebagai Menu Hero di setiap hidangan dirumah mahupun di restoran.
‘Tak boleh lari dari sambal’ kata orang jika berasal dari Malaysia. Tidak kira sebagai sambal dalam masakan mahupun sebagai pencicah dalam makanan.
– kata Pengerusi Persatuan Seni Warisan Artistik Digital [PSWAD].
Sehubungan ini PSWAD dan rakan-rakan strategik mengambil inisiatif untuk mengadakan Fiesta atau Pesta Sambal ini. Jika dilihat sambal belacan saja mempunyai pelbagai jenis dan rasa.
JENIS SAMBAL BELACAN
Sambal belacan sendiri mempunyai pelbagai rasa seperti sambal belacan Tempoyak, Kuinin, Cermai, Ikan Bilis Petai dan lain-lain lagi.
TASTE OF SAMBAL FIESTA
Salah satu platform mempromosikan sambal sebagai salah satu tarikan produk pelancongan makanan. Juga sebagai plaform memperkenalkan sambal-sambal dari Malaysia yang jarang dijumpai kepada masyarakat.
Sambal yang diiktiraf sebagai Sambal warisan oleh Jawatan Warisan Negara bakal menjadi teraju utama Pesta Sambal.
Pasti anda pernah dengar ambal Tumis, Tempoyak Daun Kayu, Sambal Biji Getah, Sambal Rong dan Taun.
TARIKAN UTAMA
Demo masakan Sambal Warisan oleh Chef Selebriti, pertandingan makan sambal dan cabutan bertuah. Ada juga pertunjukan fesyen tradisional dan Award Menu Inovasi Sambal.
Pelbagai bengkel memperkasa usahawan sambal PKS seperti ‘Seminar Penjenamaan dan Media, Bengkel Digital Media dan Sharing session bersama Ikon Sambal dijadualkan berlangsung.
RAKAN STRATEGIK
Sambal Mak Jenny, KL Gateway Mall, Produk Ayu Damit-usahawan cili, Seniman, PGDM, Adabi dan Chicken Royale.
Tidak lupa juga pada My Pentas, Benang Emas Bridal House, Sambal Mak Esah – Sharifah Shahirah dan Wan Det sebagai penaja streaming.
Pihak PSWAD mengalu-alukan lebih ramai pihak swasta dan agensi kerajaan untuk turut serta.