Perasmian Butik Kecantikan Mewah Di Pulau Pinang Oleh BMF x SVENSON, Butik Konsep Untuk Kulit, Badan Rambut Dan Sebagainya.
BMF x SVENSON
BMF The Aesthetics People, yang dahulunya dikenali sebagai Bella Marie France, dan Svenson, peneraju global dalam kecantikan dan trikologi. Kini baru saja merasmikan sebuah stor konsep terbesar dan paling mewah di Gurney Plaza, Pulau Pinang.
USAHAMA DUA PENERAJU INDUSTRI
Usahasama yang berinovasi ini menggabungkan dua peneraju industri di bawah satu bumbung untuk mencipta destinasi sehenti bagi pembaharuan kulit yang maju, pengurusan badan dan pelangsingan.
Juga termasuk penjagaan rambut holistik, serta terapi kecantikan yang komprehensif-sesuai untuk pemanjaan diri seharian.
PELANGGAN SETIA TURUT HADIR DI PELANCARAN
Majlis Pelancaran Pembukaan Rasmi ini telah disempurnakan oleh Puan Amy Quek, Ketua Pegawai Eksekutif Marie France Bodyline Sdn. Bhd. Dihadiri oleh Chef Selebriti Penyanyi Malaysia pelanggan setia BMF x Svenson, Dato’ Ahmad Fadzli Yaakob. Lebih dikenali sebagai Dato’ Fazley Yaakob, yang telah berkongsi perjalanan peribadinya sendiri bersama jenama ini.
40 TAHUN PENGALAMAN BAGI BMF
Dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam perkhidmatan yang dipercayai di Malaysia, BMF telah menjadi peneraju dalam bidang estetik, kulit, pelangsingan dan penyelesaian kesejahteraan, dikenali kerana mempertingkatkan kecantikan semula jadi dengan teknologi maju dan penjagaan yang dipersonalisasi.
SVENSON PAKAR DALAM PENJAGAAN RAMBUT & KULIT KEPALA
Svenson, yang ditubuhkan secara global dalam trikologi sejak tahun 1956, membawa lebih daripada 60 tahun kepakaran perintis dalam penjagaan rambut dan kulit kepala. BMF x Svenson komited untuk menyediakan penjagaan holistik yang menggabungkan kecantikan, kesejahteraan, dan inovasi dari hujung rambut hingga hujung kaki di bawah satu bumbung.
Terletak di pusat membeli-belah paling berprestij di Pulau Pinang, BMF x Svenson dibuka semula dengan perkhidmatan kecantikan dan penjagaan rambut terkini sebagai salah satu pusat kecantikan perintis untuk komuniti tempatan dan para pelancong yang berkembang pesat:
• Keselesaan Serba Mewah
Nikmati relaksasi yang unggul dan keselesaan terbaik sementara pakar kami merawat semua keperluan kecantikan anda.
• Reka Bentuk Mewah Maden
Reka bentuk kedai ini berkonsepkan kemewahan moden, dengan bilik rawatan yang luas serta kemudahan terkini yang menawarkan 15 bilik yang didedikasikan untuk kulit, badan, rambut dan sebagainya.
• Ruang Pakar Pemakanan yang Unik
Dapatkan konsultasi pemakanan yang melengkapi program pelangsingan kulit dan badan, mempromosikan kulit yang berseri, fizikal yang lebih langsing, dan peningkatan keyakinan diri.
“Kami bertujuan untuk mencipta suasana yang indah di mana pelanggan boleh memanjakan diri dengan rawatan kecantikan dan penjagaan rambut yang luar biasa sambil mengalami pengalaman inovasi terkini dalam industri, termasuk Sistem CRISTAL Pro® Sculpt, teknologi pertama di Pulau Pinang yang membawa kemajuan dalam perubatan cryolipolysis,”
-kata Puan Amy Quek, Amy Quek, Ketua Pegawai Eksekutif BMF, ketika pelancaran rawatan lanjutan ini di BMF Pulau Pinang.
BAGI DATO’ FAZLEY YAAKOB
“Saya adalah pelanggan setia BMF dan sentiasa kagum dengan penjagaan serta profesionalisme pasukan di sini. Saya teruja untuk berkongsi pengalaman saya sebagai yang pertama mencuba Teknologi CRISTAL Pro®, di mana saya melihat hasil yang jelas selepas hanya satu sesi.
Rawatan ini dengan berkesan menyasarkan kawasan yang saya sendiri tidak tahu akan kewujudannya. Terima kasih kepada pasukan BMF, dan saya harap kita semua akan merasai tahap kepuasan yang sama.”
-kongsinya sewaktu di majlis pelancaran.
RAWATAN CRISTAL PRO®
Rawatan CRISTAL Pro® bermula dengan menilai sel-sel lemak; penyejukan kemudian mengkristalkan sel-sel lemak tersebut, yang kemudian dihapuskan oleh makrofaj melalui sistem limfa. Sepanjang minggu berikutnya, tubuh secara semula jadi akan membuang sel-sel lemak mati ini, dengan penghasilan yang jelas dalam masa kurang dua bulan.
Kawasan sasaran termasuk lengan, dagu, lipatan bra, abdomen, pinggul, mons pubis, pelana, peha, lutut, betis, dan kawasan dada untuk lelaki.
KELEBIHAN UTAMA SISTEM CRISTAL PRO® SCULPT
• KEPEKAAN DAN KUSTOMISASI
CRISTAL Pro® menawarkan parameter rawatan mengikut kesesuaian (suhu, vakum, dan masa) untuk pengurangan lemak berdasarkan keperluan setiap pesakit. Tahap kawalan ini meningkatkan hasil rawatan dan membolehkan pelarasan yang tepat untuk kawasan badan yang berbeza.
• TEKNOLOGI ULTRASONIK BERINTEGRASI
Ciri ultrasonik berintegrasi memberikan pengukuran langsung lapisan lemak, memastikan penilaian ketebalan lemak yang tepat sebelum dan semasa rawatan. lni meningkatkan keberkesanan cryofipolysis dengan membolehkan sasaran tepat pada sel-sel lemak.
• KEPELBAGAIAN JULAT SUHU
Sistem CRISTAL Pro@ mempunyai julat suhu yang boleh diubah dari 0C hingga -12°C, membolehkan pembekuan lemak yang lebih mendalam dan lebih berkesan. Fleksibiliti ini menjadikannya sesuai untuk pelbagai kawasan badan dan jenis lemak.
• KESELESAAN ERGONOMIK
Aplikator CRISTAL Pro® direka dengan teknologi SOFT COMFORT, dengan bentuk morfologi yang menyesuaikan diri dengan tisu lemak untuk pengalaman rawatan yang lebih selesa.