OKU FEST 2.0 Kembali Memperagakan Kekuatan Seni Komuniti Istimewa. “OKU FEST 2.0 adalah bukti nyata bahawa kekurangan bukanlah halangan, sebaliknya ia adalah pemangkin kepada kejayaan.
OKU FEST 2.0
Festival Seni Orang Kelainan Upaya (OKU) yang bertajuk “OKU FEST 2.0” akan diadakan pada 30 November dan 1 Disember 2024 di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, Dataran Merdeka. Acara ini bakal berlangsung dari jam 10 pagi hingga 8 malam dan akan dirasmikan oleh Senator Isaiah D. Jacob.
TEMA UNTUK OKU FEST 2.0
Dengan tema “My Ability is Stronger Than My Disability”, festival ini bertujuan membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang, sebaliknya merupakan kekuatan luar biasa yang perlu diraikan. Ini bukan kali pertama diadakan dimana ianya merupakan sambungan kejayaan penganjuran pertama pada Oktober 2022.
PERSEMBAHAN OKU JAM
Antara acara yang dijadualkan termasuk Pertandingan Akhir Bakat Seni Suara SBM, Pertandingan Canting Batik untuk kanak-kanak autisme. Manakala persembahan OKU Jam yang akan menampilkan bakat seperti Rizwan, Lan Taroo, dan kumpulan muzik Reloveution.
FORUM BERSAMA YB ALTIMET
Forum “Autism Adalah Superpower!” turut diadakan dengan penyertaan YB Altimet, seorang ADUN Lembah Jaya yang juga individu dyslexia. Hari kedua festival akan menonjolkan OKU Fest Idol dan Bengkel KL Street Artist yang memberi peluang eksklusif kepada warga OKU.
Dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia dengan sokongan pelbagai agensi seperti DBKL, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Malaysian Association for the Blind, dan Dyslexia Genius, festival ini akan menghadirkan pameran seni yang melibatkan pelbagai kategori OKU.
TIADA YURAN ATAU TIKET
Program yang percuma dan terbuka ini mengalu-alukan semua lapisan masyarakat untuk menyaksikan dan menyokong bakat luar biasa komuniti istimewa ini. Mereka yang berminat boleh menghubungi urusetia di 014-7176276 (Amad) untuk maklumat lanjut.
credit photo: themediatormedia