MR D.I.Y. PANDAi JAGA ANDA, TERBARU DARI MR D.I.Y!

MR D.LY. melancarkan inisiatif ‘MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda’ dan memperkenalkan maskot baharu

MR D.I.Y. PANDAi JAGA

MR D.LY., peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia yang terkenal dengan ‘Always Low Prices’, telah melancarkan babak baharu . Ini antara usaha menambah nilai kepada kehidupan rakyat Malaysia dengan inisiatif “MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda’. 

MR D.I.Y. PANDAi JAGA

INISIATIF TERBARU

“Sebagai peneraju peruncitan perkakas rumah di negara ini, kami telah menjadikan misi kami untuk menjaga rakyat Malaysia sejak penubuhan kami pada tahun 2005.

Inisiatif ‘MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda’ adalah bukti kepada janji tersebut. Sama ada anda memerlukan mentol lampu, peralatan dapur, atau apa-apa perkakas. Kami memastikan ‘semuanya ada’ pada harga yang berpatutan. Inisiatif baharu kami melambangkan komitmen ini – kerana ‘MR D.LY. Pandai Jaga Anda’”. 

-Alex Goh, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.LY.

PERKENALKAN MASKOT MR D.I.Y

Acara pelancaran ini turut memperkenalkan maskot baharu MR D.LY. iaitu PANDAi, maskot panda yang menarik dan mesra. Para pengunjung di Bukit Bintang disambut oleh paparan PANDAi setinggi 14 kaki yang menarik perhatian keluarga dan orang ramai yang lalu lalang. 

MR D.I.Y. PANDAi JAGA

KENAPA PILIH PANDA

“Panda digemari di seluruh dunia kerana sifatnya yang mesra, comel dan pintar. Seperti panda, MR D.LY. dihargai kerana dekat di hati rakyat Malaysia.

Kami ‘PANDAi’ menjaga pelanggan kami dengan mengekalkan janji ‘Always Low Prices’ kami. Kami percaya PANDAi akan membawa kegembiraan dan keseronokan, sekali gus meningkatkan pengalaman membeli-belah pelanggan kami.” 

PANDAi NAIK BAS KL HOP ON HOP OFF

Acara ini penuh dengan keceriaan, menampilkan pasukan maskot PANDAi yang menaiki bas KL Hop On Hop Off sambil melambai mesra kepada penonton. Kemuncak acara ini ialah persembahan flash mob mengejut oleh sekumpulan PANDAi yang berinteraksi dengan orang ramai sambil memberikan hadiah istimewa. 

MR D.I.Y. PANDAi JAGA

INGIN BERTEMU PANDAi

Sepanjang bulan November, warga Kuala Lumpur berpeluang bertemu PANDAi di pelbagai pusat beli-belah, termasuk Fahrenheit 88 (7 Nov), MyTOWN Shopping Centre (9 Nov), IOI City Mall, Putrajaya (23 Nov), dan Pavilion Bukit Jalil (30 Nov).

Sebagai tambahan kepada inisiatif ini, MR D.IY. akan menyediakan kawasan tempat duduk bertema panda di MyTOWN Shopping Centre dan stesen MRT Pasar Seni untuk mewujudkan ruang mesra keluarga. 

Melalui ‘MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda’, peruncit ini mengukuhkan peranannya bukan sekadar sebagai sebuah perniagaan sahaja, tetapi sebagai sebahagian daripada komuniti di mana ia beroperasi. 

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge