AKUSTIK TUJUH VIBRATO GITAR BAKAL BERAKSI, AMAZING!| Kalau dikira dan di congak kini tinggal kurang dari satu minggu bakal menyaksikan satu persembahan yang hebat.

TUJUH VIBRATO GITAR

Seperti yang dikongsikan sebelum ini, konsert ini bakal menyaksikan tujuh pemain gitar yang terkenal bakal berkongsi pentas untuk persembahan.

Julung- julung kali diadakan dimana konsert ini merupakan sejarah muzik tanah air bilamana seramai tujuh ‘gitaris’ digabungkan di satu pentas.

Kesemua ahli muzik serta penyanyi giat menjalankan sesi latihan di studio bagi memastikan konsert ini berjalan dengan lancar.

AKUSTIK TUJUH VIBRATO

KERJA KERAS

Beliau bekerja keras dalam menyusun setiap lagu yang akan didendangkan agar setiap lagu mendapat sentuhan setiap ‘gitaris’ yang beraksi.

“Saya dan rakan-rakan nak ‘pecah kepala’ ni untuk buat susunan lagu supaya konsert ini berjaya.

Syukur semuanya berjalan lancar dan sekarang sudah lengkap, cuma kami nak melancarkan je lagu-lagu tu”. 

-menurut Joe Branko selaku tunggak utama konsert ini

ABANG LEJEN SEDIA MEMBANTU

Masih lagi was-was dan gugup walaupun setiap hari datang ke studio untuk berlatih, Lama-kelamaan gugup tu hilang dek kerana bantua abang lejen ini. Lebih mudah , senang, dan pasti enjoy semasa latihan.

-kongsui Muzza

ADA KEJUTAN

Untuk saya yang menyanyi pun, terasa sangat yang konsert ini adalah satu yang mengagumkan. Mana taknya, dapat mengumpulkan tujuh gitaris diatas satu pentas.

Jadi susunan lagu pasti akan berbeza dan mungkin juga akan ada kejutan untuk semua. Berharap sangat apa yang dipersembahkan nanti menjadi dan simpan ia sebagai kenangan yang tidak dapat ditukar ganti.

-kongsi penyanyi Muss antara lejen dalam seni suara.

AKUSTIK TUJUH VIBRATO

SUSUNAN LAGU ATAS PERMINTAAN JO

Banyak susunan lagu dibuat dari lagu asal atas pemintaan Jo Branko dan konsep Tujuh Vibrato ni, syukur kami dah bersedia kesemuanya”.

-Pendapat Jemboo

AKUSTIK BAKAL JADI SEJARAH

“Melodi lagu akan dikekalkan cuma susunan lagu tu ditukar dimana seperti lagu baru. Kelainan untuk konsert ini adalah persembahan Akustik selama lebih kurang 30 minit yang saya anggap sebagai ‘jantung’ konsert tu nanti”.

-kongsi Jo Branko.

KONSERT TUJUH VIBRATOR

Konsert yang dijangka bermula jam 8.30 malam berdurasi selama 2 jam setengah pada 03 November 2023 bertempat di Zepp,KL.

Bakal mempersembahkan sebanyak 21 buah karya dengan 14 buah lagu yang akan dinyanyikan oleh penyanyi rock lagenda, Muss bersama penyanyi bersuara lantang, Dato’ Hattan dan bekas vokalis kumpulan Kristal, Lan Solo.

AKUSTIK TUJUH VIBRATO

ENJOY THE SHOW!

“Sebenarnya kita harap peminat datang enjoy this show dan ianya satu konsert yang tak akan jumpa di tempat lain, mungkin akan datang pun ianya tak akan jadi macam ini,

Harap kerja keras kita berbaloi pada malam itu, maksudnya orang ramai yang datang dan berpuas hati, itulah harapan kita.

Macam saya sebagai artis nak buat sesuatu untuk industri dan harapnya konsert malam itu succsess hendaknya.” Jo mengakhiri bicara.

JUALAN TIKET

Konsert yang ini kita kena pecahkan dulu, jika orang boleh accept bukan saya sahaja maksudnya orang lain pun kalau ada idea dia boleh buat sebab konsert ini boleh dijadikan sebagai benchmark.

Jualan tiket konsert Tujuh Vibrato Gitar amat menggalakkan dan sehingga setakat ini tiket-tiket sudah pun terjual sebanyak 70 peratus.

Harga tiket mengikut kategori Cat 1 Rock Zone RM188 (berdiri), Cat 2 Normal Seats RM278.00 (bernombor), Cat 3 Premium seats RM338 (bernombor) dan Cat 4 VIP box RM5,000 (8 pax/box).

Website Tiket |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge