Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Panggung Raya Wayang Kulit di Paradigm Mall Sempena Ramadan|Rasanya dah jarang kita dapat lihat persembahan wayang kulit . Wayang kulit ini kebiasaannya dimainkan orang -orang tua yang berpengalaman dengan lengok cerita yang menarik perhatian . Bermain di balik tadbir putih dan bayang wayang kulit membuatkan KP terasa berada di zaman 80 an/90an . Sekarang dengan zaman social media, wayang kulit makin dilupakan

Pardigm Mall mengambil langkah yang berbeza mengembalikan zaman wayang kulit seni warisan tradisional melalui Panggung Raya 2018. Seramai 40 kanak-kanak kurang bernasib baik berumur antara 2 hingga 16 tahun dari Rumah Telaga Kasih antara yang pertama menyaksikan persembahan wayang kulit. Persembahan 30 minit ini dikongsikan oleh tok dalang dalam penceritaan cerita rakyat dan epik tradisional menerusi permainan cahaya, bayang-bayang, aksi boneka dan muzik tradisional.

“Sebagai pusat beli-belah kejiranan, kami berbangga kerana dapat berkhidmat kepada masyarakat. Tahun ini, kami telah menemui cara yang unik dan distinktif untuk berkongsi kegembiraan menyambut kedatangan Syawal dengan semua rakyat Malaysian, menerusi seni persembahan tradisional Wayang Kulit. 

“Wayang Kulit berasal dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada lewat tahun 1800-an. Seni pementasan ini memainkan peranan penting dalam warisan dan sejarah kita. Justeru, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk menghidupkan kembali satu bentuk seni persembahan yang hampir dilupakan untuk dihayati oleh penonton muda. Sesungguhnya wayang kulit boleh dinikmati oleh mereka yang tersayang.”

-Tan Boon Leong, Pengurus Paradigm Mall PJ,

Bukan terbehenti di sini sahaja para tetamu dan adik-adik dapat mengikuti bengkel untuk membolehkan mereka memahami asal-usul Wayang Kulit dan bagaimana ia dipersembahkan. Mereka juga diberi peluang untuk cuba menggerakkan ukiran boneka dan memainkan alat-alat musik tradisonal.

Perayaan ‘Panggung Raya’

Sebagai sebahagian daripada perayaan ‘Panggung Raya’ Paradigm PJ, persembahan Wayang Kulit diadakan pada setiap hujung minggu, jam 4.30 petang, dari 25 Mei hingga 24 Jun 2018. Orang ramai juga dapat menyaksikan persembahan istimewa seperti muzik Minangkabau Cak Lempong pada setiap Sabtu jam 5.30 petang dan persembahan seni silat mempertahankan diri setiap Ahad jam 5.30 petang. Selain itu, persembahan Tarian Raya juga diadakan setiap hujung minggu jam 3.30 petang. Semua persembahan ini diadakan di Upper Atrium, Tingkat UG.

Sepanjang tempoh perayaan ini juga, Paradigm Mall PJ mengaturkan pelbagai aktiviti menarik termasuk Bengkel Seni Tanah Liat, Bengkel Ketupat, dan bengkel Kuih Raya, setiap hujung minggu jam 12.00 tengah hari. Orang ramai yang datang untuk membeli-belah akan dapat membeli pelbagai keperluan Lebaran kerana terdapat banyak pilihan pakaian, biskut, permaidani dan makanan snek tradisional yang dijual di sini.

Pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 dalam satu resit pada hari yang sama (kecuali pembelian di Tesco, tambah nilai prabayar, urusan penukaran wang dan bayaran bil) akan dapat menebus tanglung Raya rekaan eksklusif serta sampul duit Raya bertema. Jadi jangan lupa singgah tau



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge