ONGNYA MYDIN – MUDAHKAN URUSAN BELIAN VIA E-DOMPET, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Zaman sekarang nie dah makin banyak penggunaan e-dompet atau lebih dikenali sebagai e-wallet.
Kini, Mydin Mohamed Holdings Berhad [MYDIN] tidak lepaskan peluang untuk berkerjasama dengan lima syarikat e-dompet terkemuka.
KERJASAMA MYDIN DAN E-DOMPET
Antara syarikat e-dompet yang turut berkerjasama dalam pelancaran Ongnya Mydin adalah Maybank E-wallet, Atome, Zapp, Mcash dan juga Boost.
ONGNYA MYDIN
Kempen e-dompet ONGnya MYDIN diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), YB Teo Nie Ching di Mydin Subanh Jaya.
MYDIN menawarkan penjimatan dengan promosi barangan asas pada harga yang istimewa sepanjang kempen berlangsung sehingga 5 Februari nanti.
88 pelanggan bertuah yang berbelanja sebanyak RM188 dan ke atas dalam satu resit berpeluang memenangi baucar tunai MYDIN bernilai RM80.
Jika anda baru mendaftar atau perbaharui kad keahlian Meriah berpeluang mendapat sekotak limau mandarin secara PERCUMA yang bernilai RM15.89 sekotak.
300 RIBU TRANSAKSI ?
“Jumlah transaksi penggunaan e-dompet di MYDIN merekodkan lebih RM30 juta sepanjang tempoh tiga tahun ini dengan jumlah 300 ribu transaksi mengguna rakan strategik e-dompet kami.
Justeru itu, kami merangka pelbagai promosi dan tawaran hebat kepada masyarakat. Ini bagi meningkatkan jumlah transaksi tersebut dengan jangkaan kenaikan sebanyak 20 peratus bagi tahun 2023.
MYDIN juga menggalakkan penggunaan platform e-dompet ketika berbelanja yang lebih mudah, selamat dan menawarkan pelbagai rebat serta ganjaran hebat kepada pengguna”.
-Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin:
MYDIN PRIHATIN
Melalui inisiatif MYDIN Prihatin, turut menyumbang barangan dapur kepada 120 keluarga berbangsa Cina bagi menyediakan kelengkapan sambutan perayaan keluarga mereka.