DANA KOTEX SHE CAN TAWAR RM100,000 PADA 10 SEKOLAH, AMAZING!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Siapa sangka jenama Kotex menyantuni para wanita dengan melancarkan Dana Kotex She Can!
DANA KOTEX SHE CAN
YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melancarkan majlis penyerahan cek daripada Kotex kepada 10 sekolah berkenaan antaranya:
- SMK Convent Sentul
- SMJK Ave Maria Convent, Ipoh
- SMK Puteri Seremban
- SMK (P) Pudu
- SMK (P) Kapar
- SMK Bandar Baru Batang Kali
- SMK Yu Hua
- SMK Convent Klang
- SMK (P) Raja Zarina
- SMK (P) Air Panas
SEJAK TAHUN 2018
Sejak tahun 2018 lagi, Kotex She Can Fund telah memberi ganjaran kepada program dan idea yang memperkasakan wanita.
Serta merealisasikan impian wanita demi memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk mencapai matlamat mereka tanpa terhalang oleh haid mereka.
Sebanyak 129 sekolah di seluruh negara telah menyertai pertandingan Kotex She Can Fund edisi 2021/2022.
Kali ini, geran yang dianugerahkan akan digunakan untuk menjadikan sekolah lebih kondusif untuk pelajar perempuan.
GERAN DIGUNAKAN UNTUK PELBAGAI INISIATIF
Menurut Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Arvind Iyer, yang menyerahkan cek kepada 10 orang guru pada hari ini.
Geran yang diberikan akan digunakan untuk pelbagai inisiatif meningkatkan daya tahan akademik dan emosi dalam kalangan pelajar perempuan.
“Inisiatif- inisiatif ini termasuklah program-program bengkel dan ceramah bertujuan untuk membina disiplin diri dan keyakinan fizikal, emosi dan intelek.
Juga menaik taraf kemudahan sekolah seperti bilik kaunseling, portal ilmu dan tandas.”
KONGSI ARVIND
Penerima-penerima geran tersebut sememangnya layak untuk dinobatkan sebagai pemenang kerana mereka telah berusaha keras untuk bekerjasama dengan jenama kebersihan wanita terkemuka Kotex.
Bagi memastikan pelajar mereka yang berumur antara 13 dan 17 tahun mengambil bahagian secara aktif dalam projek interaktif Kotex She Can Project
KOTEX SHE CAN PROJECT
Sebuah portal pendidikan pengurusan kesihatan haid dalam talian yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan diperakui oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
“Program pendidikan kebersihan haid ini sangat kritikal dalam membantu wanita muda memahami bagaimana haid dikaitkan dengan kesihatan reproduktif mereka secara saintifik dan perubahan fizikal yang mereka lalui.
Selain itu, kami juga mahu mereka sedar akan implikasi kesihatan dan alam sekitar sekiranya kebersihan haid tidak dijaga,”
Arvind menambah bahawa program ini adalah sebahagian daripada usaha Kotex dalam menamatkan fenomena kemiskinan haid di negara ini.
Beliau menjelaskan bahawa isu kemiskinan haid ini sebenarnya lebih besar daripada masalah akses kepada tuala wanita. Ia juga merangkumi masalah kekurangan pendidikan pengurusan haid dan pengetahuan pengurusan sisa haid.
PENTING BAGI SEMUA
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Nancy Shukri, penemuan sedemikian amat membimbangkan. Kaum wanita mewakili hampir 50 peratus daripada sumber manusia negara Malaysia dengan populasi sebanyak 15.7 juta.
Usaha ini mungkin akan mengambil masa, namun ia merupakan sesuatu yang perlu diselesaikan demi masa depan Malaysia.
Perubahan tidak akan berlaku dalam sekelip mata dan oleh itu, kerjasama pihak awam dan swasta seperti ini akan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan perubahan dalam kalangan masyarakat,”
STIGMA HAID
Menghalang kemajuan dan usaha untuk mebanterasnya harus bermula di sekolah.
Menurut Pakar Psikologi Pendidikan dan Pengarah Program untuk Sarjana Muda Psikologi di Sekolah Seni dan Sains Liberal Universiti Taylor, Rajalakshmi Ganesan.
Boleh mendatangkan masalah harga diri yang mendalam. Jika dibiarkan, ia boleh meluaskan jurang ketidaksamaan jantina dalam masyarakat.
“Sekiranya haid dilihat sebagai sesuatu yang menyebabkan wanita menjadi “pemarah”, “kotor” atau “murung”, maka haid akan dianggap sebagai sesuatu yang ditakuti,”
Jika tidak diuruskan, ketakutan ini membuak-buak. Ia boleh dialami sepanjang zaman remaja dan universiti dan akhirnya menjelma sebagai satu masalah yang lebih besar apabila mereka menjangkau usia dewasa.
Apabila kanak-kanak perempuan menjadi ibu, mereka berkemungkinan membesarkan anak-anak mereka dengan kepercayaan bahawa haid adalah sesuatu yang perlu ditakuti dan tidak boleh dibincangkan dengan sesiapa.
Begitu juga, apabila kanak-kanak lelaki dibesarkan dalam persekitaran yang mempunya kepercayaan yang negatif terhadap haid, tingkah laku mereka terhadap kaum wanita juga akan dipengaruhi.
MEMANG WUJUD STIGMA HAID
Seorang lagi ahli panel yang baru menamatkan pengajian dari Universiti Malaya dan pengasas perusahaan sosial Kita Geenius, Alma Artin Vaqari bersetuju dengan ulasan Rajalakshmi.
Beliau berkata bahawa stigma haid sememangnya wujud di sekolah dan ia juga berterusan sehingga ke universiti walaupun kanak-kanak perempuan sepatutnya sudah menjadi lebih matang ketika itu.
“Kami akan menggunakan kod seperti ‘cuti’ apabila merujuk kepada haid.
Apabila kami perlu mehulurkan tuala wanita kepada kawan atau pergi ke tandas untuk menukar tuala wanita, kami akan menyembunyikan tuala wanita kami di dalam buku teks atau di dalam kantung.
Sekiranya kami perlu meminta tuala wanita daripada rakan-rakan kami, kami akan berbisik.
“Sebilangan gadis akan mengelakkan dari menyertai pendidikan jasmani kerana bimbang berlaku kebocoran yang boleh menyebabkan mereka dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak suci’,”
NORMALISASIKAN HAID DI SEKOLAH
Menurut wakil Kumpulan Bajet Gender dan Pengasas perusahaan sosial Athena Empowers Anja Juliah Abu Bakar.
Kemajuan dalam masyarakat hanya boleh dicapai apabila wanita disokong untuk menjangkau potensi tertinggi mereka seiringan dengan kaum lelaki.
Kedua-dua jantina mesti menyumbang kepada modal insan negara dan berkongsi tanggungjawab sebagai penyambung kemajuan sosio-ekonomi. Baharulah kedua-dua jantina boleh menjadi rakan kongsi yang saksama.
“Menormalisasikan haid di sekolah bermakna lelaki dan perempuan belajar untuk memahami antara satu sama lain . Mereka tahu bahawa sindrom pra-haid dan pendarahan haid hanyalah sebahagian daripada proses biologi wanita yang sihat.
“Apabila seorang gadis muda mengalami emosi yang berbeza, dia boleh bercakap mengenainya secara terbuka dengan rakan sebaya atau guru kaunselingnya.
Jika dia bocor semasa terlibat dalam acara sukan, tiada siapa yang akan mengusik atau mengviralkan situasinya di media sosial. Apabila dia perlu menukar tuala wanita, tandas sekolah bersih dan dilengkapi kemudahan sanitasi yang mencukupi,”
PROGRAM SEBAGAI LANGKAH POSITIF
Memetik program Kotex She Can sebagai langkah ke arah yang positif menuju ke perubahan sistemik, Anja berharap gabungan awam-swasta yang sedemikian dapat diteruskan.
Dapat membantu mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk wanita muda dan mempromosikan negara sosio-ekonomi yang leb