NUSYUZ BERKIBLAT CINTA KETENGAH ISU DERA, SCARY WEI! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Didera dalam rumahtangga adalah sesuatu yang menakutkan. Apa akan berlaku jika perkara yang sama berlaku dalam hidup anda!
NUSYUZ BERKIBLAT CINTA
Penderaan rumah tangga merupakan tunjang utama kepada penceritaan siri mini terkini Astro RIA iaitu ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’.
Drama yang diterbitkan oleh Arisz Ab. Rahman memaparkan naratif two sides to every story mengenai penderaan domestik yang sering berlaku di kalangan masyarakat kita.
7 EPISOD
Penceritaan menerusi 7 episod ini mengisahkan tentang Hawa. Hawa yang merupakan seorang wanita yang mahukan segala aspek kehidupan mengikut kehendaknya termasuk perkahwinannya dengan Adam.
Dia turut bertekad untuk menundukkan suaminya kerana keegoannya. Namun tanpa disedarinya, tindak-tanduk Hawa terhadap suaminya mirip-mirip penderaan psikologi, mental dan emosi.
PELAKON MUDA
Drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ merupakan arahan sutradara berbakat besar, Hadith Omar dan diterajui pelakon hebat seperti Fikry Ibrahim dan Emma Maembong.
Turut mendukung drama ini adalah pelakon yang semakin meningkat naik Nadhir Nasar dan Shaza Bae serta barisan pelakon hebat seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Aznah Hamid, Rahim Omar, Mak Wanju.
Ada juga Ako Mustapha, Dayana Roza, Sabhi Sadhi, Yaya Maembong dan ramai lagi.
Penggambaran drama ‘ Nusyuz Berkiblat Cinta’ berjalan lancar mengikut jadual dalam masa 40 hari. Lokasi penggambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur.
KHIDMAT PEGUAM DIGUNAKAN
Pihak produksi menggunakan khidmat peguam Fahmi Ramli sebagai penasihat untuk fakta perundangan shariah dan sivil.
OST NUSYUZ BERKIBLAT CINTA
Sementara itu, lagu ‘Mainan’ nyanyian Naim Daniel dipilih menjadi lagu tema utama untuk drama ini. Liriknya yang sesuai dengan babak-babak yang dipaparkan dalam drama ini.
Watak utama Hawa lakonan Emma Maembong menjadikan perkahwinannya dengan Adam (Fikry Ibrahim) seperti satu permainan kehidupan.
Lagu ini juga menyokong kisah Erfhan lakonan Nadhir Nasar yang melayan Safiana lakonan Shaza Bae dengan dayus sekali.
SINOPSIS
Nusyuz Berkiblat Cinta mengisahkan dua pasangan suami isteri, Adam dan Hawa, dan Erfhan dan Safiana. Hawa mendapat tahu yang Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Jadi dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri dan bertegas untuk tidak tunduk sedikitpun pada suaminya.
Hawa menetapkan syarat dalam perkahwinannya bersama Adam dan Adam hingga Adam sanggup mengenepikan keluarga dan kawan-kawannya demi Hawa.
Tanpa disedari, Adam dikawal sepenuhnya oleh Hawa. Malang sekali, keadaan tidak berubah untuk Safiana apabila dia seringkali didera dari segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan.
Patutkah Adam dan Safiana terus kekal dalam perkahwinan masing-masing? Adakah Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik?
Drama ini akan ditayangkan pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 3 April hingga 15 Mei 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104)