DRAMA ASTRO ORIGINALS TAJUK KUASA PATUT TONTON, AWESOME!

DRAMA ASTRO ORIGINALS TAJUK KUASA PATUT TONTON, AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kini Astro Originals mempersembahkan drama siri premium terbaru.

ASTRO ORIGINALS

Mengetengahkan buat pertama kali kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan. 

Drama siri premium Astro Originals merupakan hasil kerjasama dua penerbit filem blockbuster dalam industri perfileman Malaysia, Astro Shaw dan Skop Productions.

Kedua-dua penerbit ini acap kali bergabung dalam menghasilkan filem pecah panggung antaranya, Abang Long Fadil 2, KL Special Force, Misteri Dilaila.

SINOPSIS DRAMA KUASA

KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya.

Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar. 

BAKAL TEMUI PENONTON

KUASA yang bakal menemui penonton mulai 11 April, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 atau strim di platform Astro GO atau On Demand. 

Membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nazim Othman, Nadia Brian, Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar. 

INGIN KEPUASAN BUAT PENONTON

“Pihak kami berasa sangat gembira apabila dapat berpeluang sekali lagi bekerjasama dengan rakan penerbit Skop Productions. Bezanya kali ini dalam penerbitan drama siri premium.

Melihat sambutan drama premium Astro Originals terdahulu menerusi Kampong Pisang Bersiri-Siri, Projek: Anchor SPM, i-Tanggang dan Dukun Diva.

Kami percaya jalan cerita yang segar dan kualiti produksi yang tinggi, mampu memberi kepuasan berbeza kepada penonton.

Begitu juga dengan KUASA, yang mana tema utamanya adalah kekeluargaan yang merupakan subjek universal. Tetapi isu yang dikupas berlegar tentang industri perfileman, kerakusan kuasa, sabotaj dan kemasyhuran.

Jadi, kami harap KUASA dapat mencipta kejayaan tersendiri dan sekali gus menjadi sebahagian perubahan dalam industri hiburan Malaysia.” 

-Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad.

IDEA ASAL DARI SHAMIN YUSOF

Mewakili Skop Productions & Idea Asal KUASA, Shamin Yusof melahirkan rasa terujanya apabila drama siri premium KUASA akan menemui penonton tidak lama lagi.

“Saya dibesarkan dalam keluarga seni dan sering didedahkan khususnya dengan industri perfileman melalui papa. Tidak dinafikan sedikit sebanyak ia telah memupuk minat yang mendalam untuk mengikut jejak papa.

Mungkin berbeza dengan abang dan adik saya yang lebih cenderung kepada pengarahan, dan saya lebih berminat dalam selok belok penerbitan. KUASA adalah idea asal pertama saya yang akan dipersembahkan kelak.

Ia tercetus apabila melihat tiada lagi naratif sebegini ditonjolkan, dan saya yakin ia sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama penonton.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Astro Shaw kerana meletakkan kepercayaan pada saya dalam merealisasikan idea ini ke dalam bentuk drama siri premium.” 

DITAYANGKAN DI ASTRO CITRA

Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam, bermula 11 April ini.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge