NIKMATI CHARCOAL LAMB STEW YANG MENJANJIKAN KELAINAN, PASTI BEST!

NIKMATI CHARCOAL LAMB STEW YANG MENJANJIKAN KELAINAN, PASTI BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Biasanya jika hidangan didalam periuk tanah liat mesti ada kelainan dari segi rasa mahupun tekstur. Pernah dengar Charcoal Lamb Stew tak? Kalau belum pernah dengan jom follow!

WAN CHAI CLAYPOT

Wan Chai Claypot terletak di 25, Jalan SS 23/15, Taman Sea Petaling Jaya. Disini hidangannya lebih kepada stew atau hot plate. Berdekatan dengan area pejabat dan kawasan perumahan.

Dibuka pada 5 Mei 2022 dan ini merupakan lokasi pertama di Lembah Klang.

Luas dan selesa restoran ini dimana boleh memuatkan dalam 60 lebih pada satu masa. . Yang KP boleh confirmkan ‘Pork-Free’ di sini.

Masuk saja restoran di sebelah kiri berdekatan dengan çashier”, akan kelihatan koleksi periuk tanah yang pernah digunakan untuk menyaji hidangan.

Pelbagai size pernah dicuba dari kecil mahupun besar. Warna merah memang dari jauh menarik perhatian

Yang rendah mahupun tinggi tetapi pilihan yang dekat di hati adalah yang periuk tanah berwarna coklat ini.

CHARCOAL CLAYPOT

Jika anda menikmati hidangan di sini, ianya dihidangkan di dalam periuk tanah. Siap ada arang dan bara ya. Jadi hidangan akan senantiasa panas. Nak tahu KP cuba apa, jom layan

SIGNATURE LAMB STEW

Hidangan lamb stew menggunakan tulang dan daging dari kambing. Ianya di reneh selama 4 jam terlebih dahulu untuk memastikan dagingnya lembut. Bagaimana dengan rasa sup pula?

Dihidangkan dalam periuk tanah liat dengan bara arang buat pelanggan yang datang. Jadi tidak perlu risau sebab hidangan akan senantiasa panas. Ada dua pilihan saiz hidangan,

Besar untuk 3-4 orang berharga RM68 manakala kecil untuk 1-2 orang berharga RM 48.

Set yang KP order adalah set kecil sesuai untuk dimakan 1-2 orang, Tapi bila sampai, ‘oh my’ boleh makan untuk 3-4 orang juga. Selain daging kambing ada juga puchuk, dan enoki mushroom dalam stew.

HIDANGAN SAMPINGAN [HOT PLATE]

Ada pelbagai hidangan sampingan boleh di tambah di dalam stew anda. Di Wan Chai Claypot ada juga menu Hot Plate. Pilihan seperti sayuran, nasi juga mee.

Bahan-bahan untuk hot plate sama seperti untuk steamboat. Jika anda antara penggemar steambot, pasti ini antara yang dipilih

Lamb Slices – RM15

Chicken Slice – RM 12

HERBAL CHICKEN SOUP

Untuk hidangan ini lebih kepada masyarakat Cina. Hidangan herbal chicken soup ini dikatakan memberi pelbagai khasiat dan kebaikan,

Dihidangkan dalam satu size sahaja dengan harga RM 58. Setengah ekor ayam di masak bersama herba campuran dan di reneh lebih dari 4jam

HERBA YANG DIGUNAKAN

Ini diantara herba yang digunakan dalam Herbal Chicken Soup. Goji Berries, Red Dates, Astragalus Root, Angelica Root.

KHASIAT HERBAL CHICKEN SOUP

Antara khasiat menikmati sup ayam herba ini adalah seperti

– Meningkatkan stamina & daya tahan tubuh.

– Menghilangkan keletihan mahupun penat.

– Memperbaiki fungsi hormon & daya ingat.

– Memberi kesembuhan dengan cepat seandainya ada kesakitan

– Untuk awet muda.

SIGNATURE LAMB STEW SPICY

Hidangan yang ini sama seperti signature lamb stew yang asal kecuali sup nya di tambah dengan cili [resipi sendiri]. Terasa pedas sedikit. Rekomen untuk menikmati-nya panas panas. Dapat nasi putih sure lagi best.

Kelainan untuk yang pedas iadalah isinya ada tambahan Lamb Tripe [perut], Toufoo, Fried beancurd dan juga cendawan enoki,

Makan panas-panas memang terbaik. Lagi-lagi bila nampak kuahnya mengelegak . daging dicarik dengan lembut.

NAK DISKAUN


Untuk anda yang ingin juga sama sama rasakan kelainan, ini ada berita baik untuk anda. Nikmati 10 % diskaun dari harga bill dengan menggunakan kod
⬇️⬇️⬇️ WANCHAILAMBLOVER10

Pasti terasa kelainan dalam hidangan lamb stew kali ini sebab ianya didalam periuk tanah liat. Dari sup mahupun pada dagingnya sendiri. Apa kata datang sendiri dah cuba, nanti share apa pendapat anda.

Facebook|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge