NIKMATI BBQ ‘KING OF THE GRILL’ DI THE PEARL KL, AMAZING!

NIKMATI BBQ ‘KING OF THE GRILL’ DI THE PEARL KL, AMAZING | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dah lama tak nikmati hidangan buffet di hotel sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, The Pearl Kuala Lumpur kembali menganjurkan promosi bufet makan malam BBQ ‘ King of The Grill’ yang begitu dinanti-nantikan.

BBQ ‘KING OF THE GRILL’

Nikmati hidangan bertemakan Tahun Baru Cina dalam suasana indah terutamma sekali bila malam. Mana taknya buffet berada di The Executive Lounge Tingkat 23 dimana pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.

Promosi buffet makan malam tahun ini menawarkan pilihan hidangan tanpa had serba mewah. Antaranya Tiram Segar Bersaiz Besar, Tiram Bakar Berkeju, Kambing Perap, Chicken Chop dan Steak Daging Mini.

Ada juga skewers dan pelbagai pilihan, makanan laut segar seperti Sotong, Udang, Kupang yang sedia untuk digril.

Untuk anak- anak menu seperti

Tengoklah dessert yang ada. Memang cantik dan paling penting sedap.

Ni yang antara menjadi pilihan ku

HARGA

Promosi bufet makan malam BBQ ‘ King of The Grill’ ditawarkan pada harga RM118++ untuk dewasa dan RM58++ untuk kanak-kanak (4-12 tahun). Diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang hingga 10 malam.

Bakal berlansung selama sebulan dari 14 Januari sehingga 13 Februari 2022. Hidangan ‘Yee Sang’ percuma turut disediakan dengan setiap pembelian promosi bufet makan malam BBQ ‘ King of The Grill’.

PROMOSI PENGINAPAN SEMPENA TAHUN BARU CINA

The Pearl Kuala Lumpur turut mengadakan promosi penginapan bersempena Tahun Baru Cina bermula dari 20 Januari sehingga 18 Februari 2022 .

Penginapan 2 hari 1 malam untuk bilik deluxe ditawarkan pada harga promosi RM198 (bersih). Tetamu juga akan dapat menikmati bufet makan malam BBQ ‘ King of The Grill’ pada harga istimewa RM98++.

Terletak di antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, The Pearl Kuala Lumpur merupakan sebuah hotel kelas perniagaan ikonik di Jalan Kelang Lama.

Jangan lupa untuk membuat tempahan awal kerana tempat duduk yang ditawarkan adalah terhad.Untuk info lanjut boleh layari

Email |

Contact : 03-7983 1111 samb: 8945/ +6016-331 9375

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge