Healthy Hands Project Kerjasama Antara MUNDIPHARMA & USIM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Healthy Hands Project Kerjasama Antara MUNDIPHARMA & USIM | Mundipharma Pharmaceuticals bersama dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah bekerjasama untuk mendidik kanak-kanak daripada Tadika Islam MAIWP Sulaimaniyyah, Precinct 18, Putrajaya mengenai kepentingan menjaga kebersihan tangan menerusi Healthy Hands Project mereka. Mundipharma dan USIM berharap melalui kajian ini, mereka dapat mengetahui bagaimana amalan penjagaan kebersihan tangan boleh mempengaruhi kadar ketidakhadiran dalam kalangan kanak-kanak.

Hampir 300 murid-murid berusia antara lima hingga enam tahun telah menyertai hari intervensi Healthy Hands Project. Program ini dimulakan dengan aktiviti menonton video yang mengajar kanak-kanak tentang sebelas langkah penting ketika mencuci tangan, dengan menggunakan kesan visual yang menarik, animasi serta nyanyian. Untuk menunjukkan teknik mencuci tangan yang berkesan,pertama sekali kanak-kanak diminta menggosok tangan mereka dengan menggunakan alat simulasi kuman Glo Germ™ yang memberikan secara visual kuman yang hanya kelihatan di bawah lampu UV. Kanak-kanak berkenaan kemudiannya diminta melihat tangan mereka menggunakan Glo Germ™ untuk memeriksa kuman pada tangan mereka. Selepas itu, mereka diajar langkah yang betul untuk mencuci tangan dengan menggunakan air dan BETADINE® Antiseptic Skin Cleanser, sebelum tanganmereka diperiksa di bawah lampu UV sekali lagi. BETADINE® Antiseptic Skin Cleanser mengandungi 7.5% povidone-iodine; bahan antiseptik yang telah dibuktikan secara saintifik berupaya membunuh bakteria, kulat dan virus punca jangkitan 1 , dan bertindak membunuh kuman tambahan menentang virus berbanding pencuci tangan anti bakteria yang lain 2 . BETADINE® Antiseptic Skin Cleanser telah dibuktikan secara saintifik mampu membunuh 99.99% strain virus-virus utama punca HFMD 3-4 seperti Coxsackievirus (CA16), Enterovirus 71 (EV71) dan Influenza 5 .

 

Perkakasan Berguna
Guru-guru tadika itu turut diajar cara mencuci tangan yang betul bagi membimbing kanak-kanak berkenaan sekiranya mereka memerlukan bantuan untuk mengingatinya semula. Selain daripada itu, mereka juga boleh mengingati semula langkah berkenaan dengan menggunakan aplikasi peranti mudah alih yang dicipta khas oleh Mundipharma. Aplikasi itu dimuat turun ke dalam sebuah tablet yang dipasangkan pada dinding berdekatan dengan sinki bilik air. Ia akan menayangkan gambar- gambar mengenai langkah-langkah mencuci tangan yang betul beserta dengan lagu yang menarik sebagai panduan untuk kanak-kanak berkenaan. Setiap kanak-kanak yang berjaya mengikuti langkah-langkah mencuci tangan dengan betul akan diberikan bintang sebagai ganjaran dan diberi markah berdasarkan jumlah langkah yang dilakukan dengan tepat. Aplikasi berkenaan juga boleh mengenal pasti langkah mencuci tangan manakah yang sering ditinggalkan oleh kanak-kanak itu dan melaksanakan pengukuhan pendidikan kebersihan tangan. Data daripada aplikasi berkenaan akan dikumpul dan digunakan oleh para pengkaji bagi membuat penambahbaikan ke atas metodologi atau bahagian pengajaran yang khusus.

Selain menggunakan aplikasi, poster-poster yang mempunyai maklumat bergambar mengenai penyakit berjangkit biasa seperti penyakit tangan kaki, kaki dan mulut (HFMD) serta influenza turut digunakan bagi meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kebersihan tangan, bila dan bagaimana untuk mencuci tangan dengan betul turut digantung di tempat terbuka. Poster-poster berkenaan memaparkan maklumat bergambar seperti sebelas langkah mencuci tangan, bilakah mereka perlu mencuci tangan, serta fakta mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan influenza.

Rakan Pencuci
Healthy Hands Project ini merupakan hasil kerjasama antara Mundipharma Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Pensyarah Kanan Perubatan dan Ahli Mikrobiologi Klinikal Dr. Nurul Azmawati Mohamed, selaku Penyelidik Utama dan pasukannya yang terdiri daripada lima rakan penyelidik sedang melakukan kajian mengenai kolerasi antara kadar ketidakhadiran dan penjagaan kebersihan tangan. Dr Nurul telah melakukan kajian kawalan jangkitan dalam komuniti sejak dua tahun lepas.

“Kami menjangkakan kadar kesedaran terhadap kebersihan tangan akan meningkat, manakala kadar ketidakhadiran dalam kalangan kanak-kanak prasekolah akibat jangkitan biasa seperti HFMD,
keracunan makanan, demam dan selesema akan menurun,”

jelas Dr. Nurul.

Mundipharma sememangnya terkenal kerana sering membiayai projek-projek para saintis dan projek yang berkaitan dengan bidang perubatan; namun ini merupakan kerjasama yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

“Mundipharma dan USIM mempunyai objektif yang sama dalam melaksanakan kajian ini kerana ianya selari dengan komitmen syarikat untuk memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat,”

kata Pengarah Bersekutu Hal Ehwal Perubatan Mundipharma Pharmaceuticals Sdn. Bhd., Dr. Ravindra Ramesh Deore.

“Penjagaan kebersihan tangan akan mudah diamalkan sekiranya ia diajar pada usia yang muda. Sebab itu kami melakukan kajian ini dalam kalangan kanak-kanak kerana kami mahu menjadikannya
sebagai amalan,”

kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Perubatan dan Kesihatan Universiti Putra Malaysia serta Pakar Kawalan Jangkitan, Dr. Tengku Zetty Maztura, yang juga merupakan salah seorang daripada ahli pasukan penyelidik.

Kajian ini melibatkan tiga fasa. Fasa pertama, dilaksanakan pada awal September, dengan pra ujian dimana tahap pengetahuan penjagaan kebersihaan tangan murid-murid tadika itu ditentukan.

“Kami menggunakan gambar dalam soalan agar kaji selidik berkenaan adalah mesra kanak-kanak dan mudah dijawab oleh mereka,”

“Apa yang berlaku hari ini adalah permulaan kepada fasa kedua, iaitu fasa intervensi.” Selepas data dikumpulkan selama dua bulan, kajian ini akan bergerak ke fasa ketiga iaitu pasca ujian. Murid-murid tadika ini akan disoal dengan soalan yang sama seperti fasa pertama. Semasa fasa kedua, kadar ketidakhadiran kanak-kanak akibat HFMD, gastroenteritis akut dan influenza akan direkodkan. Sebuah lagi tadika di Cheras yang turut terlibat dengan projek ini dijadikan sebagai kumpulan kawalan dan hanya akan menjalani pra ujian dan kadar ketidakhadirannya direkodkan sebagai asas perbandingan terhadap tadika di Putrajaya”

jelas Dr. Nurul secara lanjut.

Malah sebelum ini, pasukan disebalik jenama BETADINE® di Mundipharma telah berjaya mendidik lebih 2,000 kanak-kanak, melibatkan 30 tadika swasta di sekitar Lembah Klang tentang kepentingan
amalan penjagaan kebersihan tangan, sebagai tambahan kepada cara mencuci tangan yang betul. Pasukan disebalik jenama itu turut merancang untuk mengembangkan inisiatif berkenaan ke daerah- daerah yang lain, sebagai sebahagian daripada usaha untuk membatu masyarakat mengenal pasti simptom-simptom awal HFMD serta influenza dan cara untuk mencegahnya.

Pada 7 Oktober 2017, BETADINE® telah berjaya memecahkan rekod dalam Malaysia Book of Records menerusi penganjuran aktiviti cara mencuci tangan yang betul. Aktiviti yang disertai oleh 1,774 kanak-kanak ini diadakan sempena Hari Kanak-kanak Sedunia 2017. Wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan dan Malaysia Book of Records turut hadir untuk menyaksikan acara berkenaan dan pada masa sama, mempelajari tentang langkah-langkah mencuci tangan yang betul bagi meningkatkan kesederan mengenai penjagaan kebersihan tangan yang baik ketika kes-kes berkaitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan influenza semakin meningkat.

BETADINE® Antiseptics juga merupakan Rakan Produk Penjagaan Kesihatan Rasmi Manchester City Football Club, sebuah kelab pasukan bola sepak terbaik dan terkenal diseluruh dunia. Pasukan disebalik jenama BETADINE® melihat kepentingan meningkatkan kesedaran mengenai isu kesihatan melalui sukan kerana ia merupakan sumber inspirasi utama bagi kebanyakan penduduk di seluruh dunia. Ini termasuklah kesedaran terhadap pencegahan penyakit berjangkit, terutamanya untuk pasaran baharu seperti di Malaysia di mana wabak semakin meningkat. BETADINE® Antiseptic Skin Cleanser telah dibuktikan secara saintifik mampu menentang virus MERS 5 , penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) 3 dan influenza A 7,8 termasuk H1N1. Untuk maklumat lanjut mengenai BETADINE® Antiseptic Skin Cleanser, sila hubungi my.betadine.com/en/my/protective-care atau khidmat pelanggan +603 7946 0606.

Laayari :WEBSITE my.betadine.com/my/home
MICROSITES my.betadine.com/en/my/protective-care
my.betadine.com/en/my/throat-and- oral-care
FACEBOOK www.facebook.com/BetadineMalaysia

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge