MR D.I.Y. PLUS TERBARU DARI MR. D.I.Y. , MEMANG BEST! | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Tahukah anda selain dari MR. D.I.Y ada pula MR. D.I.Y. PLUS? Kalau belum tahu meh kite kongsikan
MR. D.I.Y. PLUS
MR. D.I.Y. PLUS baru dibuka di Mid Valley Megamall dan ramai teruja dengan skala dan saiznya yang amat besar.
Ia adalah penawaran terkini dari peruncit perkakas rumah Kumpulan MR D.I.Y. Berhad.
Berkeluasan 30,000 kaki persegi tersebut mempamerkan kira-kira 20,000 jenis produk dalam lima kategori utama.
Antaranya perkakasan, barangan kegunaan rumah dan perabot, elektrik, alat tulis, dan produk kelengkapan sukan.
Dan lain-lain (termasuk permainan, aksesori kereta, barang kemas, kosmetik, produk makanan dan minuman, serta produk penjagaan diri & kesihatan).
PEMBUKAAN RASMI
“Para pelanggan kini bijak dan berpengetahuan. Mereka mahukan nilai, kemudahan sebuah kedai sehenti, dan manfaat daripada pengalaman membeli-belah yang menarik serta menyeronokkan.
MR D.I.Y. PLUS menawarkan semua ini dalam satu ruang yang menghiburkan.
Maka tidak hairanlah lebih 200,000 pelanggan telah mengunjungi kedai ini pada bulan pertama sejak pembukaannya pada 19 Mei 2022.”
-Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y. Alex Goh berkata
MR. D.I.Y. PLUS ini dibangunkan berdasarkan maklumat dan maklum balas pelanggan yang dikumpul oleh MR D.I.Y. . Ianya sebagai sebahagian daripada proses penyelidikan pelanggan dan analisis data yang berterusan.
LEBIH TERATUR DAN TELITI
“Kami bukan sekadar ingin membina sebuah kedai yang besar semata-mata. Ia adalah sebuah ruang yang telah diatur dengan teliti.
Membawakan rangkaian barangan keperluan harian kami di sebuah lokasi yang menyenangkan.
Kajian kami menunjukkan pasca pandemik pelanggan mahukan lebih lagi jaminan barangan harga terendah dan dengan cara yang baru, menyeronokkan serta interaktif .
Mereka mahukan sesuatu yang menghiburkan.
Ia menjanjikan para pelanggan bahawa mereka bukan sahaja dapat membeli barangan keperluan harian. Tetapi juga boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan.
Selain memperoleh pengetahuan dan inspirasi sepanjang proses membeli-belah,”
-kata Goh.
JENAMA TERKINI
MR D.I.Y. PLUS adalah jenama terkini dari rangkaian jenama Kumpulan MR D.I.Y. yang turut merangkumi jenama asal MR. D.I.Y. yang dilancarkan pada 2005.
Diikuti oleh MR. TOY pada 2019, MR. DOLLAR pada 2020 dan MR. D.I.Y. Express pada 2021.
Pembukaan MR D.I.Y. PLUS menjadikan jumlah keseluruhan kedai milik Kumpulan MR D.I.Y. melebihi 950.