My Gaya Month’ 2024: Kempen Beli Barangan Malaysia Raih Kejayaan Luar Biasa dengan Jualan Mencecah RM1 Juta di Lokasi Prestij
MY GAYA MONTH 2024
Sempena Kempen Beli Barangan Malaysia anjuran bersama KPDN dan MBDA telah berjaya mencatat rekod luar biasa,. Mana taknya program tersebut mencapai jualan bernilai RM1 juta sepanjang tempoh satu (1) bulan. Jumlah terkumpul ini termasuk jualan rerui, projek strategik serta atas talian untuk tiga puluh jenama yang berada di Pavilion Damansara Heights Mall.
KOLABORASI BERSAMA
Prestasi ini dicapai berkat kolaborasi erat di antara penganjur bersama KPDN dan MBDA dengan sokongan rakan lokasi Pavilion Damansara Heights Mall. Serta penaja – penaja yang mendorong rakyat Malaysia untuk menyokong produk tempatan.
PROGRAM MGM 2024
Program MGM 2024, yang bermula pada bulan 6hb Oktober di membawa jenama – jenama tempatan ke hadapan dengan lebih 30 jenama fesyen dan aksesori mempamerkan hasil rekaan dan produk terbaik mereka.
Selain dari sambutan yang menggalakkan di Pavilion Damansara Heights Mall, jualan secara dalam talian turut menyumbang kepada kejayaan besar ini.
PRODUK BUATAN MALAYSIA
Membuktikan bahawa produk buatan Malaysia mempunyai daya tarikan yang meluas dan diterima ramai. Menyokong industri tempatan dalam menghadapi cabaran global. KBBM dilihat sebagai langkah strategik bagi mengukuhkan ekonomi negara melalui sokongan terhadap industri tempatan, terutamanya dalam sektor kreatif dan pembuatan.
RAKYAT SOKONG JENAMA TEMPATAN
“Kami amat berbangga dengan pencapaian ini. la jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini semakin yakin dan bangga untuk menyokong jenama tempatan, terutama dalam era digital. Kami berharap rekod ini akan terus memberi inspirasi kepada jenama tempatan untuk berkembang ke pasaran yang lebih luas.”
-Dato’ Rohaizi bin Bahari, Pengarah Kanan Perdangangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN
PELBAGAI AKTIVITI MENGENAI FESYEN DIADAKAN
Sebagai sebahagian dari usaha untuk memperkasakan industri tempatan, MGM turut menganjurkan pelbagai acara termasuk forum ‘Fesyen dan Perniagaan’ bersama pereka fesyen terkenal. Antaranya Dato Indera Tom Abang Saufi, Bon Zainal Harun.
Ada juga penggiat industri seperti Stan Chooi pengasas jenama Sometime dan Dato’ Lewre pengasas jenama Lewre’ bagi memperkasa para usahawan tempatan.
PEMENANG ANUGERAH FESYEM DIUMUMKAN
Pemenang anugerah fesyen showcase yang diadakan baru baru ini juga telah diumumkan.
Kempen ‘Beli Barangan Malaysia’ yang dijalankan bersama MGM 2024 turut menyemarakkan minat orang ramai untuk menyokong jenama tempatan dan membantu perniagaan kecil dan sederhana berkembang. Dengan kejayaan ini bakal melangkah maju dalam meningkatkan lagi sokongan kepada produk tempatan . Sejajar dengan matlamat negara untuk mengukuhkan industri tempatan.
KEMPEN MGM 2024
Bukan saja berjaya meraih jualan mencecah RM 1 juta tetapi juga menggalakkan beli barangan tempatan dan membuktikan jenama Malaysia mampu bersain di peringkat antarabangsa.
Website| Email : hello@nuunaa.com