Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Filem NDU dari Ah Boys To Men 3 : Frogmen The Best |Masa KP mendapat jemputan untuk menonton cerita Ah Boys To Men 3 : Frogmen, tertanya-tanya apakah kelainan cerita ini dari filem yang sebelumnya. Yang terbaru tentang filem ini ialah filem ini berjaya mencatat rekod baru di Singapura bersempena Tahun Baru Cina dengan pengumpulan tiket sebanyak SGD$2.8 juta
. Tayangan “box office” ini telah mencapai SGD$6.4 juta, dengan jumlah pungutan dijangka mengatasi jualan tiket untuk “Ah Boys to Men”.
Pengarah Singapura, Jack Neo sekali lagi telah mengangkat martabat tinggi untuk filem ini. Mempunyai jalan cerita yang kemas, menarik dan ada elemen komedi yang terselit di tambah pula dengan liku -liku kehidupan yang sebenar di alami oleh para rekrut di sini, ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk memberi kesempurnaan dalam filem ini. Kesemua watak yang berlakon di dalam filem ini semuanya telah melalui latihan intensif selama 3 bulan untuk memastikan yang semuanya di garap dengan baik. Seriously bagi KP, ini adalah antara filem yang mendapat tempat di hati KP. Bukan itu sahaja siap KP promote pada ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain untuk menonton termasuk 2 anak KP yang comel lagi handsome. Penuh dengan suka -duka, gelak tawa mahupun tangisan apabila menonton filem ini. Di antaranya yang masih segar di ingatan hingga hari ini ialah:
“H.I.T”
: Honest – Sikap jujur mesti ada dalam setiap individu
: Integrity – Intergriti wajib ada dalam diri masing masing
: Team Work – Kerjasama antara sesama lain,
Datang dari latar belakang yang berbeza, semestinya akan bercanggah pendapat. Ada yang merasakan yang mereka lagi bagus dari yang lain hakikatnya tidak. Ada pula yang mempunyai masalah keluarga dan ada juga masalah bersama teman wanita. Ada pula yang hidup serba kekurangan tapi bijal menyembunyi segala masalah yang ada. Ada pula yang lurus di mana kekadang mengakibatkan masalah dan kekadang memang benar. Selain itu KP tersentuh dengan sikap setiakawan antara mereka seperti Lobang , Wei Min dan Aloysius. Apabila Lobang ada masalah tanpa mengira tentang diri sendiri sanggup membantu kawan bila kesusahan. Warden Waren pula, pada mulanya agak keras tapi akhirnya memahami dan secara tak langsung memberi sokongan pada mereka
Selain Warden Waren Ong ada lagi seorang yang di gelar No. 2. Ramai yang gerun dan takut apabila No.2 ada termasuk rekrut ini tetapi Lobang ada menceritakan yang No.2 tiada lagi. Yang pasti No.2 masih ada lagi dan kegembiraan mereka tiada lagi . Kenapa ?
Official Theme Song
Oh ya, kebetulan pula pada malam KP menonton filem ini, artis-artis yang menjayakan filem ini turut sama sertai kami. Memang best dan thumbs up sebab mereka ini semua langsung tidak sombong dan melayan sedaya yang boleh apabila peminat ingin bergambar. Handsomenya Waren Ong … ( opss , lari topik sorry )
Sinopsis Filem Ah Boys To Men 3 : Frogmen
Mengenai kesinambungan episod yang lepas, masih lagi mengekalkan komedi aksi mengenai sekumpulan anak muda yang datang dari latar belakang yang berbeza untuk menyertai Unit Selaman Tentera Laut ( Naval Diving Unit- NDU). Setiap pengalaman rekrut NDU ini diterjemahkan di dalam filem ini, terutama sekali “Hell Week”. “Hell Week” ataupun Minggu Neraka adalah yang paling sukar sekali. Ianya sedikit berbeza daripada 2 edisi terawal di mana kali ini ianya bertempat di Tekong dan NDU merupakan unit khas di mana skil dan latihan yang di berikan lebih mencabar daripada unit yang lain
Siapakah Warden No. 2? Garangkah?
Apa yang terjadi kepada Lobang dan Wei Min?
Adakah Aloysius dapat menghabiskan NDU hingga akhir?
Bagaimana dengan hubungan ibu dan bapa Wesley Wong?
Nak tahu, kenalah menonton hingga ke akhir filem ini. Memang KP berani kata tak rugi menonton filem ini. Yang terbaik among yang lain.
#kitepunye #kitepunyedotcom #movie #ahboystomen3 #frogmen #singapura