CONDOTEL CONDO D’SAVOY DI A FAMOSA MELAKA AWESOME! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Musim cuti sekolah tiba lagi, semestinya ibu ayah sedang membuat pilihan lokasi di mana ingin menghabiskan masa bersama.
Kalau boleh nak lokasi yang dekat, berpatutan dan ada aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak mahupun dewasa
CONDOTEL CONDO D’SAVOY
Sewaktu KP ke penggambaran “Akua Ekstrem Musim ke 8 “, KP telah di beri penginapan di Condotel Condo D’ Savoy di mana lokasinya di A Famosa Melaka Bandaraya Bersejarah. Ianya terletak di dalam kawasan A Famosa tersendiri.
Dari pintu gerbang masuk A Famosa , perlu ke kiri dan akan melalui kawasan padang golf sebelum sampai ke sini. Sejuk mata memandang apabila sampai kerana kiri dan kanan semuanya hijau.
TARIKAN TERDEKAT
Condotel D’ Savoy yang terletak di A Famosa Melaka berdekatan dengan beberapa tarikan antaranya Animal World Safari dan Bandar Cowboy.
Animal World Safari merupakan konsep haiwan berkeliaran dengan bebas dan haiwan yang berbakat membuat silap menjadi salah satu kawasan “kunjungan harus-to- come.”
Taman tema pertama di Melaka dibina adalah Water World. Sejak itu, A’Famosa Resort telah membuka pintu untuk ramai pengunjung ke resort.
BANDAR COWBOY
Pada tahun 2002 A’Famosa Resort memperkenalkan satu lagi tarikan iaitu Bandar Cowboy, Bandar Cowboy di bina untuk menghidupkan kembali era Wild Wild West.
Lokasi A Famosa memang sesuai untuk pertemuan keluarga, perkhemahan sekolah, family day, teambuilding, office outing bahkan untuk melarikan diri dari kesibukan kota yang bising .
A Famosa lebih kepada mesra alam, kehijauan dan pastinya siapa yang datang akan pulang dengan gembira bersama memori yang indah.
PENGINAPAN DI CONDOTEL CONDO D’SAVOY
Antara penginapan yang ada di A Famosa Resort ialah Condotel D’ Savoy
2 bedroom apartment
Bilik yang KP bermalam ialah 2 bedroom apartment di mana agak luas dah boleh muat dalam 4-6 orang dalam satu bilik. Setiap apartment di lengkapi denganMeja makan – luaskan
Ruang tamu – untuk menonton TV atau bersembang
Ruang dapur – selesa dan luas
1st bedroom – 2 katil King size, di mana satu family ada 4 orang cukup selesa untuk bermalam di sini, attach dengan bathroom
2nd bedroom – 2 katil single size untuk anak bujang atau dara yang penyegan untuk tidur bersama dalam satu bilik dengan ibu ayah ( hehehehehehe)
Bilik air – memang cool ada shower and bath tub
Bilik air di master bedroom dan Bilik air yang di luar. View malam dari Apartment KP menginap malam ini . Cantik bukan dan terasa angin sepoi sepoi sewaktu berada di balkoni.
Cukup santai dan seronok bila berada di Condotel Condo D’ Savoy. Cuma 2 jam ke 3 jam perjalanan sahaja dari Kuala Lumpur dan berpatutan harga bilik. I
ni adalah salah satu tempat percutian yang mungkin boleh di pertimbangkan tidak semestinya untuk cuti sekolah boleh juga untuk cuti hujung minggu.
Lawanya bilik dia.Lebih kurang macam Sumai Hotel.
duniafarisya recently posted…Pulut Mangga Sedap Di Kuala Lumpur
menarik jugak condotel ni… sebelum ni kalau pergi Afamosa, ambil bungaow jer.. duduk ramai2.. next time boleh try la condotel pulak…
JBT Rafidi recently posted…Bonus Awal Tahun 2015 : Pakej ke Jepun PERCUMA