Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
McDonald’s Introduced Two NEW McChicken Flavours, Look Yummy!| Di negara kita ni makanan yang sedap-sedap memang banyak. Sana sini ada menu yang best untuk dinikmati. Sebut nak makan apa, macam-macam ada. Dari menu makanan barat, makanan melayu asli, makanan cina dan sebagainya. Dalam banyak-banyak makanan, antara yang sering menjadi pilihan ramai adalah fast food. Salah satu daripada McDonald’s. Semua orang kenal apa itu McD.
Kalau nak tahu, kali ini McDonald’s kembali lagi dengan menu yang baru. Eh, tahun 2020 ini memang meriah dengan makanan baru nampaknya. Baru saja McD perkenalkan menu pencuci mulut yang sedap-sedap, kali ini diperkenalkan pula dua menu burger McChicken dari klasik kepada yang BARU dan lebih mabeles.
Nama yang di beri untuk dua menu baru ini adalah Spicy McChicken dan juga Grand McChicken. Para penggemar burger dan ayam mesti akan teruja. Nikmati pula dengan orang yang tersayang sudah tentu rasa bahagia.
Spicy McChicken & Grand McChicken Menu Baru Dari McDonald’s
Setiap kali nak menikmati menu burger, bahagian yang paling menggamit perhatian adalah pada dagingnya (patty). Tak kisah sama ada ayam , daging mahupun ikan. Bahagian patty mestilah sedap dengan saiz yang sepatutnya.
Patty yang tebal dan berjus ketika digigit adalah idaman semua orang. Sedikit rangup di luar dan lembut di dalam dengan bau yang amat menyelerakan adalah satu pengalaman makan burger yang sebenar. Ditambah pula dengan limpahan sos. Barulah ada umph! Dalam masa yang sama barulah rasa berbaloi dengan harga yang di bayar.
Dan dari apa yang dilihat pada Spicy McChicken dan juga Grand McChicken ini, patty yang ada di tengahnya memang agak tebal dan menarik perhatian. Roti yang menjadi pengapit patty ini juga nampak segar dan menyelerakan. Ditambah pula dengan sayur segar beserta sos yang terbaik. Memang sangat mengiurkan. Maka tak hairanlah kenapa orang di negara kita ini suka makan McDonald’s (termasuk diri sendiri).
McChicken Burger Sudah Lama Di Carta Hati Pelanggan McD
Kalau tak salah, McChicken ni adalah antara menu yang sudah lama berada di McDonald’s. Disebabkan itu memang patutlah dibawakan menu baru sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada para peminat setia burger ini. Siapa sangka juga, bukan hanya satu tapi dua burger baharu dari keluarga McChicken diberikan sebagai pilihan untuk menu pelanggan.
Maka tak hairanlah kenapa orang di negara kita ini suka makan McDonald’s. Begitu juga dengan diri ini. Sedap pula tu, mana boleh nak tolak. Lagi-lagi kalau tiba-tiba ada orang nak belanja.
Mana Satu Nak Pilih? Keduanya Nampak Sedap Dan Menyelerakan!
Jika ditanya menu mana satu nak pilih antara Spicy McChicken dan juga Grand McChicken, terus terang kedua-duanya berjaya melekat di hati. Kedua-duanya nampak sedap dengan ciri kelebihan masing-masing. Tak mengapalah, hari ini cuba dulu satu dan tak lama selepas itu, boleh pula cuba lagi satu kan?
Jika malas nak ke mana-mana cawangan McDonald’s untuk mendapatkan kedua-dua menu baru ini, boleh saja terus order secara atas talian. Nak lagi mudah boleh guna aplikasi milik Foodpanda.
Dengan adanya servis Foodpanda, tak kira walau berada di mana saja, sama ada di rumah sendiri, di pejabat, di kampung halaman, di hotel atau homestay ketika sedang bercuti atau sebaliknya. Tanpa mengira mana-mana negeri di Malaysia ini. Foodpanda sentiasa ada untuk kita gunakan perkhidmatan penghantaran makanan secara terus hingga ke depan mata.
Maklumat lanjut layari Website :https://www.mcdonalds.com.my/