Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Citarasa Nusantara Buffet Ramadhan Di Royale Chulan KL |Puasa kurang dari sebulan! Menarik kalau dari awal dah tahu lokasi buffet ramadhan yang ada di sekeliling Lembah Klang. Yalah untuk makan bersama mereka yang tersayang kan. Kali ini KP nak kongsikan lokasi di Royale Chulan Kuala Lumpur dimana tahun ini bertemakan Citarasa Nusantara.

 

Citarasa Nusantara

Tahun ini hidangan buffet bakal di sajikan di Mahsuri Courtyard sempena bulan Ramadan dimana pelbagai jenis masakan dan hidangan sama ada variasi makanan Malaysia mahupun luar negeri. Segalanya disediakan oleh chef-chef yang berpengalaman dimana ada diantaranya menjadi tarikan dan viral. Buffet Ramadhan Citarasa Nusantara bermula dari 25 April hingga 23 Mei 2020. Dari jam 6petang himgga 10 malam

Antara menu yang dihidangkan seperti Nasi Lemak Viral, Signature Royale Bubur Lambuk. Kambing Golek, Bee Hoo Sup Utara Mai, Lontong Samudera , Udang Nestum Lee dan pelbagai lagi.

 

Dalam menu ini semua nasi lemak viral ini dikatakan antara yang ditunggu-tunggu para tetamu yang biasa berbuka di sini. Bermula dari nasi lemak RM0.20 katanya terus menjadi viral. Dimakan bersama sambal puyuh dan ayam goreng memang WIN. Sambal pun tak lah pedas sangat dan nasi nya memang berlemak.

Ada yang lain patut di cuba seperti Mee Kolok, Gulai Daging Salai Kampung, Kacang Pool, Pecal Nusantara di antaranya.

Baby Crab pun ada ye

Tak Ramadan kalau tiada lemang kan dimana di sini dihidangkan Lemang Nyiok Sebatang. Sebenarnya berkongsi pelbagai lemang yang ada .

Nak hidangan ala-ala Chinese style pun ada seperti  Lok-Lok. Pilih mana yang berkenan di hati, celur dalam air panas, pilih sos untuk dimakan bersama. Boleh saja minta rekomendasi dari chef yang ada di sana. Pasti berulang balik makan hahahha

Ada juga pelbagai kerabu, rojak lambung, jeruk -jeruk buat yang suka masam-manis, cucur goreng di masak panas panas.

 

Kalau tadi lebih kepada masakan dalam negeri, teringin nak makan hidangan antarabangsa ataupun Western? Eh jangan risau di sini semuanya ada ya. Meriah dengan hidangan seperi Kambing Golek dengan Pelbagai Sos. Burger Station. Otak-otak Wellington.

Buah-buahan dan pencuci mulut yang wajib dicuba

 

Harga buffet adalah

Dewasa : RM 150 nett

Kanak kanak : RM 75 nett per pax (6 – 12 tahun):PERCUMA (bawah 5 tahun Warga Emas : RM 100 nett per pax (60 tahun ke atas)

Early Birds (Pembelian dari 1 Mac-19 April 2020)

Dewasa & Warga Emas : RM 100 nett
Fasiliti:
Kemudahan dan aktiviti harian diadakan sepanjang bulan Ramadhan dimana
  • Kaunter Zakat di Ruang Legar
  • Solat Terawih di bilik Tun Sri Lanang 1 & 2 di tingkat bawah
  • Persembahan muzik ghazal secara langsung

Untuk membuat tempahan sila hubungi

 



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge