Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Masya Masyitah Mara ke Peringkat Akhir Yippi Star Quest 2020|Masya Masyitah bukan lagi nama baru dalam bidang nyanyian. Kali ini menempa nama di luar negara dengan membawa nama Malaysia. Ikuti perkongsian ini.
Setelah beberapa bulan bertarung secara atas talian, pertandingan mencungkil bakat Yippi Star Quest 2020 bakal sampai ke penghujungnya. Mewakili Malaysia, penyanyi mudan dan berbakat besar berjaya menawan industri muzik CIna tempatan. Beliau juga baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Hapus.
Masya Masyitah
Berjaya menumpaskan peserta atas talian yang lain. Bakal mewakili Malaysia dalam peringkat akhir menentang peserta dari FIlipina, Phem. Bakal berlangsung secara talian pada 25 Oktober 2020 pada jam 830 malam di portal applikasi Yippi .
Walaupun Masya merupakan peserta bebangsa Melayu, beliau mahir dalam berbahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas. Oleh kerana penguasaan ini berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama di platform sosial Yippi. Malam separuh akhir,Masya telah menambat hati penonton atas talian. Lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Mandarin, Melayu, Inggeris dan Indonesia seperti yang dipinta oleh penonton.
Selain itu, beliau berjaya menarik minat dan mampu berinteraksi dengan baik dengan penonton atas talian. Sekaligus mempamerkan bakatnya dan kemampuan Masya. Iaitu bercakap dalam bahasa Mandarin sewaktu pertandingan tersebut sedang berlangsung.
Perwatakan beliau yang menarik dan menyenangkan yang ditonjolkan membuatkan penonton daripada pelbagai kaum serata rantau Asia Tenggara telah sepakat mengundi. Dari mula hinggalah ke penghujungnya. Kerana percaya bakat yang Masya ada.Ini diantara sebab beliau dipilih sebagai juara di antara 3,000 peserta lain untuk mewakili Malaysia.
Bakal Memberikan Yang Terbaik Demi Peringkat Akhir, Jeryl Lee & Ribbon Ooi Diundang Sebagai Sokongan Padu
Oleh kerana sambutan yang luar biasa daripada pengguna aplikasi Yippi,ada berita baik. Pertandingan akhir Yippi Star Quest 2020 akan dilanjutkan dari 1 jam ke 1 jam 30 minit. Keputusan akhir akan dikira dari jam 8 sehingga 10:30 malam dengan pertarungan sengit di antara kedua-dua finalis.
Masya yang kini sedang giat berlatih bakal menunjukkan kekuatan beliau sebagai seorang penghibur. Pengaruh sosial media pula menampilkan Jeryl Lee dan Ribbon Ooi sebagai sokongan padu ketika berlangsungnya. Kedua-dua Jeryl dan Ribbon merupakan peserta cemerlang. Jika digabungkan ketiga-tiga mereka sesuatu yang menakjubkan bakal berlaku.
“Banyak yang telah saya pelajari dan pelbagai pengalaman yang saya peroleh sepanjang berlangsungnya pertandingan ini. Terutamanya bagaimana hendak membuat penonton online terus berminat dengan persembahan saya. Tiada platform lain sehebat Yippi. Saya sangat teruja untuk memberikan yang terbaik. Saya harap peminat saya di luar sana dapat menonton secara online dan terus memberikan sokongan yang padu,”
-kongsi Masya
Untuk maklumat lanjut dan saksikan Yippi Star Quest 2020