Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Konsert 4G’s – Black, Hazama, Tomok & Akim Temui Peminat 11-12 Dis| Konsert 4G’s yang dinantikan kini bakal temui peminat. Tenaga, pengaruh dan kuasa muzik mereka tidak pernah hilang getar di hati peminat. Dari awal kemunculan hinggalah membina portfolio sebagai penerus legasi seni.

Penerus legasi yang menunjang kemas dalam gelanggang muzik tanah air, empat penyanyi lelaki generasi masa kini. Siapa lagi kalau bukan  Black, Hazama, Tomok dan Akim.Kali ini bersedia untuk menerjang emosi peminat dengan melodi kecintaan mereka menerusi sebuah konsert berskala mega.

Julung kali disatukan, tidak cukup dengan Anugerah Terindah, Mana Mungkin dan Sofea Jane daripada Black; Cinta Teragung. Malaikat dan Penglipur Lara (Hazama). Atau Sejarah Mungkin Berulang oleh Tomok dengan seleksi Bagaikan Bidadari dan Arjunanya. Terakhir sekali Akim bersama Bengang serta Mewangi.

Pasti konsert yang bakal di persembahkan menyandarkan melodi lagu-lagu terindah dari era muzik yang membesarkan dan memberi inspirasi terhadap pertumbuhan empat penyanyi itu sehingga kini sebagai konsep pengisian.

Konsert 4G’s

Dinamakan sebagai Konsert 4G’s:  Black, Hazama,Tomok & Akim. Paduan suara dengan tagline ‘Gabungan Melodi Terindah’ itu juga boleh disifatkan sebagai quartet terhebat.  Ya ini adalah yang pertama kali dipersembahkan dalam sebuah konsert di Malaysia, di Istana Budaya khususnya.

Biarpun masing-masing memiliki lagu-lagu popular yang pastinya jadi siulan peminat. Namun untuk Konsert 4G’s, mereka juga tidak cenderung dipersembahkan sebagai penyanyi solo. Sebaliknya  sebagai sebuah kombinasi yang akan saling berpadu suara dalam setiap lagu dendangan.

Dengan kata lain, mereka akan ‘dilahirkan’ sebagai sebuah grup daripada generasi masa lalu dan generasi masa kini.

“Idea menggabungkan empat atau tiga vokalis dalam sesebuah konsert memang tidak asing. Tetapi repertoirnya masih fokus terhadap persembahan solo setiap artis. Cuma ada segmen duet beramai-ramai. Itu pun tidak banyak.

“Untuk Konsert 4G’s, konsepnya lebih terhadap penyatuan keempat-empat penyanyi dalam setiap lagu. Semacam quartet dengan keunikan karakter pada setiap penyanyi. Persembahan solo tetap ada, tetapi dalam segmen awal sahaja,”

“Mereka ada banyak lagu popular dan setiap orang ada kelebihan vokal serta identiti muzik tersendiri. Untuk konsert nanti, kami hanya perlu memenuhkan 450 tempat duduk dalam Istana Budaya untuk setiap malam. Dua malam persembahan dan berkemungkinan akan ditambah kepada 1 malam lagi. Namun ia bergantung kepada keadaan dan perlu mengikuti SOP ketat yang telah ditetapkan.

-kata wakil Belbis Sdn.Bhd. selaku penerbit/penganjur konsert.

Belbis berpengalaman dalam menganjurkan beberapa konsert terdahulu seperti Romansa Kris Dayanti, dan M. Nasir Sang Pencinta. Pihak Belbis yakin pemilihan Black, Hazama, Tomok dan Akim akan menjanjikan hiburan berbaloi dengan harga tiket yang dibayar penonton.

Sebagai kelainan yang dijangka menyuntik kesegaran bahkan menambahkan aura empat sekawan 4G’s, Black, Hazama, Tomok dan Akim. Kini tidak sabar lagi mahu menrealisasikan konsert tersebut setelah sekian lama tergendala.

Sesuatu yang jarang berlaku, single yang pertama kali menyatukan empat suara anak jantan industri muzik tempatan. Ini  dijangka akan dilancarkan pada awal Dec 2020. Lebih istimewa menjadi hiburan bonus buat penonton Konsert 4G’s. Dapatkan tiket di

Website|



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge