MASTER IN HOUSE MALAYSIA BERTEMU 15 JANUARI 2022, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Wow, berguru dengan 8 Master di segani dari Korea dan Malaysia? Menarik nie!

MASTER IN HOUSE MALAYSIA

Primeworks Studios telah berkolaborasi dengan SBS Korea untuk menerbitkan Master In The House Malaysia. Bakal bersua dengan penonton TV3 mulai 15 Januari 2022, setiap hari Sabtu, pukul 10.00 malam – 11.00 malam.

Bersiaran untuk 10 episod, lima selebriti popular Malaysia iaitu Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam (kumpulan CASSIA).

TUGASAN YANG PERLU DISELESAIKAN

Pada setiap episod, Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee dan Meyrasam akan diperkenalkan dengan seorang ‘Master’ yang disegani dalam industri yang diceburi beliau.

Tanpa mengetahui siapakah ‘Master’ terlebih dahulu. Mereka diberikan cabaran untuk menyiapkan tugasan – tugasan yang diamanatkan oleh Master dalam tempoh dua hari satu malam.

APA YANG BEST TENTANG MASTER IN THE HOUSE MALAYSIA?

Master In The House Malaysia (MITH) menampilkan dua Master Korea dan enam Master Malaysia yang mempunyai kepakaran dan kredibiliti dari kepelbagaian bidang.

Son Sung Deuk, koreografer yang mencipta fenomena K-Pop Idol BTS terutamanya koreografi ‘Butter’ yang sedang rancak dalam kalangan Army.

Beliau merupakan pengarah HYBE Performance yang sering memenangi anugerah yang berprestij di Korea dan mula bekerjasama dengan BTS sejak kumpulan itu diperkenalkan.

BamBam, K-pop Idol yang mencipta nama menerusi kumpulan Got7 sejak tahun 2014. Beliau merupakan seorang rapper, penyanyi dan penggubah lagu yang berbakat besar.

Sering menghasilkan lagu-lagu yang membolosi carta-carta lagu.

BARISAN MASTER DARI MALAYSIA

Barisan Master dari Malaysia ialah Datuk Yusof Haslam, seorang penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelakon yang berwibawa, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor di Malaysia.

Datuk Rashid Sidek, lagenda badminton negara, Sherson Lian, cef selebriti dan hos televisyen Malaysia,

tUsamah Zaid, pengasas dan Pengarah Urusan syarikat animasi miliknya, WAU Animation dan pencipta serta pengarah siri animasi Ejen Ali.

Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy  sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G

KOLABORASI STRATEGIK BERSAMA SBS KOREA

“Master In The House Malaysia (MITH) merupakan kolaborasi strategik antara Primeworks Studios dan SBS Korea. Terbitan bersama ini telah membuahkan hasil yang sangat memuaskan.

Krew penerbitan kami telah menjalani sesi penggambaran bersama-sama dengan pihak SBS selama 10 hari di Korea Selatan bermula hujung bulan Oktober yang lepas.

Kolaborasi sebegini membawa manfaat besar kepada kami untuk bertukar idea dan menimba pengalaman baharu dalam menyajikan kandungan program yang berkualiti.

Jutaan terima kasih kepada SBS atas kerjasama baik untuk melancarkan penerbitan MITH dari awal pembabitan. Tidak ketinggalan juga penaja utama MITH iaitu, CheongKwanJang (CKJ), penaja bersama Lifebuoy dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G,”

-Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios.

PENGGAMBARAN DI KOREA

“Ini merupakan kolaborasi pertama antara Korea Ginseng Corporation bersama Media Prima Berhad dan kami amat teruja untuk menjadi penaja utama program terbaharu TV3, Master In The House Malaysia.

Penggambaran untuk salah satu episodnya telah dijalankan di kilang CheongKwanJang dan muzium ginseng di Buyeo, Korea Selatan.

Nantikan pelbagai kandungan menarik yang bakal dipaparkan dalam program ini, yang akan ke udara pada 15 Januari 2022.”

-menurut Kim Ji-Hwan, Pengurus Jabatan Jualan Malaysia dan Singapura, Korea Ginseng Corporation (KGC),

Anda juga boleh menyaksikan program ini secara strim langsung dalam definisi tinggi (HD) menerusi tonton dan Youtube TV3MalaysiaOfficial. Gunakan  #MasterInTheHouseMY untuk menghangatkan perbualan di media sosial. Layari

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge