C144 CIPTA SEJARAH DI HOLLYWOOD, AMAZING! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Nama filem ala ala cam CJ7! Pasti menarik ada cam ‘alien’ ke?
C144
Filem cereka terbaharu terbitan Redboy Pictures, C144 -Human x Nature bakal menemui penonton diseluruh Malaysia pada Februari 2022. Majlis pra-tonton trailer filem tersebut kepada pihak media telah diadakan baru-baru ini.
Bersama dengan pihak produksi berserta barisan pelakon filem tersebut di AGAPE Superior Living, Taman Desa, Kuala Lumpur.
REDBOY PICTURES
Filem C144 (The Movie), sangat dinanti-nantikan oleh penerbit Redboy Pictures, Aaron Lim dengan pengarah Jack’s Stuff yang memenangi anugerah, dijamin memberikan kesan yang tidak dapat dilupakan.
Dengan sinematografi yang menakjubkan dan krew yang memenangi anugerah, C144 (The Movie) dikatakan bakal menetapkan standard baru dalam industri perfileman Malaysia.
TAYANGAN PERDANA DI HOLLYWOOD?
Menurut Aaron, filem ini juga turut akan mencatat sejarah apabila menjadi filem pertama Malaysia yang akan ditayangkan di Hollywood.
Tayangan perdana filem ini di Hollywood akan berlansung di Noho7 Laemmle Theatre @ Lankershim Blvd dan diadakan serentak dengan tayangan di Malaysia pada 17 Februari 2022.
Selain tayangan di Malaysia, pihak produksi filem ini sedang dalam rangka proses bagi memasarkan filem ini ke luar negara. Sehingga kini terdapat 12 negara seperti , Jepun, Korea, China, Filipina, Singapura, Indonesia dan beberapa negara Eropah yang berminat untuk menayangkan filem ini.
BARISAN PELAKON BARU DIPERTARUHKAN!
Agak menarik untuk filem ini apabila pihak produksi dilihat mengambil risiko besar apabila membariskan barisan pelakon muka baru bagi membintangi filem ini. Proses pencarian bakat bagi membintangi filem ini telah diadakan pada 2017 yang lalu.
Barisan pelakon yang membintangi filem ini dikatakan tidak pernah muncul dalam mana produksi filem atau drama tetapi mempunyai pengalaman dalam persembahan pentas dan teater.
SINOPSIS C144 – HUMAN X NATURE
Dua ahli perkhemahan amatur, Jason & Kamal terjumpa apa yang kelihatan seperti tinggalan pesawat C-47B yang digunakan oleh tentera Amerika. Diguna untuk menghantar bekalan makanan kepada rakan mereka yang telah terhempas di Malaya pada 1945 semasa Perang Dunia Kedua.
Penemuan bersejarah itu bakal membuat mereka mendapat keuntungan besar dengan cepat. Maka timbul idea untuk mengadakan satu ekspedisi “Eksklusif” ke tapak nahas.
Dimana untuk pengembara-pengembara yang ingin tahu tentang penemuan tersebut tanpa mengetahui rahsia yang tersembunyi disebaliknya.
Kumpulan 10 pengembara yang mendaftar untuk ekspedisi itu terdiri daripada warga Singapura, China, Thailand dan United Kingdom. Tanpa disedari, selepas 16 jam perjalanan , dua kenderaan pacuan empat roda yang membawa kumpulan 10 pengembara itu telah tersasar dari jalan sebenar.
Rupanya telah membawa mereka ke salah satu bahagian paling dalam dalam hutan tropika. Setelah menyedari mereka sesat timbul situasi baru yang bakal merubah segalannya.
Ketegangan dan cadangan yang bercanggah menyebabkan kumpulan itu berpecah menjadi dua. Mereka masing-masing akan mencari jalan sendiri.
Dalam 144 jam akan datang, apakah misteri yang menanti mereka di dalam hutan? Dapatkah mereka menemui jalan ke lokasi terhempasnya pesawat itu?