DRAMA ‘EX AKU PONTIANAK’ SCARY ATAU LAWAK WEI? | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pontianak, siapa saja yang tak takut dengan cik ponti ni. Tapi kalau yang jadi tu adalah ex girlfriend atau bekas teman wanita camna?

Di bawah payung penjenamaan ‘Gempak Original Series’ dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi drama rantaian menarik berjudul ‘Ex Aku Pontianak’. Menerusi paparan 10 buah episod yang bakal menemui peminat drama Melayu tempatan.

Setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 19 Januari 2022 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi portal Gempak. Via applikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

‘EX AKU PONTIANAK’

Idea asal drama ‘Ex Aku Pontianak’ terbitan syarikat produksi Red Comm ini diilhamkan oleh Anwar Hadi. Turut mendapat sentuhan Shamyl Othman selaku sutradara. Sokongan panel penulis skrip yang terdiri daripada Sharmaine Othman, Suzanne Ong dan Akmal Nahar.

Selain Ikmal Amry, Elizabeth Tan dan Raysha Rizrose, drama ‘Ex Aku Pontianak’ turut membariskan barisan pelakon muda berbakat besar yang semakin menempa nama dalam dunia lakonan.

Antaranya Alicia Amin selaku Jay, Maya Hanum selaku Fifi, Fikhree Bakar selaku Zafran, Nabil Zakaria selaku Amran dan Arwan selaku Joe.

Drama ini juga diserikan dengan pelakon handalan seperti Fatimah Abu Bakar dan Datuk Malek Noor serta penampilan nama-nama besar selaku cameo seperti Amber Chia dan pelumba negara Alex Yoong.

SINOPSIS ‘EX AKU PONTIANAK’

Malik, seorang playboy keluar berpacaran dengan Bella, seorang gadis jelita dan manja sejak empat bulan lalu. Namun, kawan-kawan Bella iaitu Jay dan Fifi sengaja menakutkan Malik.

Menakutkan tentang misteri kehilangan kesemua bekas kekasih Bella secara tiba-tiba sekiranya hubungan mereka gagal lalu berpisah. Namun, Malik menganggap perkara tersebut sekadar gurauan semata-mata.

Selepas beberapa bulan menjalinkan hubungna cinta, Malik berasa bosan dengan Bella dan mula tertarik dengan Suraya, seorang penulis di pejabatnya.

Hubungan mesra Malik dan Suraya kantoi apabila Bella mendapat tahu mereka keluar makan bersama-sama lalu menyebabkan Malik dan Bella berpisah.

GANGGUAN PERKARA PELIK?

Malam selepas mereka berpisah, Malik mula diganggu dengan perkara pelik seperti mendapat surat amaran jari putus yang dihantar oleh Zombie Bella.

Malik mula teringat dengan cerita yang pernah disampaikan oleh Jay dan Fifi kepadanya sebelum ini. Mula menyiasat tentang perkara tersebut dan cuba mencari jalan untuk menyelamatkan dirinya

PEMBURU PONTIANAK!

Mencari dan cuba menyelamatkan dengan meminta bantuan daripada seorang bomoh. Rupa-rupanya, bomoh tersebut ialah Suraya yang merupakan seorang pemburu Pontianak.

Dimana Suraya mempunyai misi tersendiri untuk menghapuskan pontianak jahat seperti Bella yang cuba mengumpul kuasa baharu. Apa jadi seterusnya, jangan miss tonton drama siri ini tau!

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge