MALAYSIA GOLDEN GLOBAL AWARDS KE-5 2022 KINI TIBA, BEST!

MALAYSIA GOLDEN GLOBAL AWARDS KE-5 2022 KINI TIBA, BEST! | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) ke-5 dan Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2022 umumkan senarai pencalonan MGGA 2022.

Hari ini umumkan bahawa Tourism Malaysia akan menyertai festival tahun ini sebagai pihak sokongannya. Filem India ‘Two Friends’ telah dicalonkan dalam lima kategori.

Dua pelakon utama filem tersebut Arif Shaikh & Asik Shaikh dicalonkan bersama sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di 5th MGGA 2022. Ini menjadikan mereka calon yang termuda MGGA ini.

100 FILEM LEBIH DIHANTAR

Lebih 100 filem dihantar untuk MGGA tahun ini, ‘Drowning in Holy Water (Iran), Full Time (Perancis), Hail, Driver! (Malaysia), Memeoryland (Jerman, Vietnam), No Ground Beneath The Feet (Bangladesh).

Rehana (Singapura, Bangladesh), The Silent Forest (Taiwan), Two Friends (India), Whether The Weather is Fine (Filipina, Singapura), White Building (Perancis, Kemboja) telah dicalonkan sebagai Top 10 Films of 5th MGGA 2022.

JURI -JURI

Lima juri telah dijemput sebagai juri MGGA 2022, Christine Hakim (Pelakon Indonesia) sebagai Presiden Juri dan Lav Diaz (Pembikin Filem Filipina).

Sabrina Baracetti (Festival Presiden Udine Far East Film Festival), Ho Wi Ding (Pengarah Malaysia di Taiwan) dan Chong Keat Aun (Pengarah Malaysia).

LIFETIME ACHIEVEMENT AWARD MGGA 2022

Festival kali ini akan menyampaikan dua anugerah untuk Lifetime Achievement Award di majlis anugerah tahun ini kepada Kim Dong-Ho dan Hou Hsiao-Hsien.

‘Kami sebenarnya bercadang untuk menyampaikan anugerah ini kepada pengarah Hou Hsiao-Hsien pada dua tahun yang lalu. Malangnya kami terpaksa menangguhkan rancangan ini sebab pandemik.

Mereka telah menghasilkan banyak karyan yang terkenal kepada festival dan seluruh industri filem. Encik Kim Dong-Ho ialah salah seorang pengasas Festival Busan International Film Festival dan Gangneung International Film Festival.

Beliau juga merupakan Presiden Kehormat Malaysia International Film Festival kita. Tanpa bimbingan beliau, saya mungkin tidak mempunyai semangat untuk menjalankan MIFFest dan MGGA sehingga hari ini’

-Joanne Goh , Pengerusi Festival Filem Antarabangsa Malaysia dan Malaysia Golden Global Awards.

SENARAI TAYANGAN FILEM MIFFEST

MIFFest ke-5 tahun ini dimulakan dengan filem pembukaan ‘Edge of The World’, filem dari United States. Kisah Kapten James Brooke, filem ini menjalani penggambaran sepenuhnya di Sarawak, Malaysia.

Filem ini juga mendapat sokongan daripada Sarawak Tourisn Board (STB). Sarawak Tourism Board berasa gembira apabila menerima makluman filem ini akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Malaysia tahun ini.

Pengarah dan pelakon filem ini akan bertemu dengan penonton di majlis Perasmian MIFFest yang akan diadakan pada 10 Julai. Juga di Pawagam Dunia, Pawagam Asia dan Pawagam Malaysia.

MIFFEST PROJECT MARKET KE-1

Bakal di jalankan pada 12-13 Julai 2022 dimana mereka yang terpilih akan berpeluang untuk bertemu dengan penerbit, pengedar dan pelabur tempatan jua antarabangsa.

Wu Ke Xi(Pelakon), Keoh Chee Ang (Penerbit) dan Vijay Munisamy (Penerbit Eksekutof) adalah juri-juri untuk MIFFest Project Market tahun ini.

Kelima yang terpilih adalah ‘Don’t Assume Still Waters’ arahan Leysha Al-Yahya. ‘The Depths’ arahan David Yanez , ‘Sunny,Benny & Jenny’ arahan Jin Ong.

‘Garek’ arahan Ceh Adrea dan ‘Maybe Today, If Not Today, Maybe Tomorrow’.

BILA DAN LOKASI BERLANGSUNG?

Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2022 ke-5 akan diadakan di Istana Budaya pada 16 Julai 2022.Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) ke-5 bakal dijalankan di Dadi Cinema, Pavillion dari 10 hingga 15 Julai 2022.

MGGA disiarkan Unifi TV (Malaysia), Viu TV HK(Hong Kong) dan Youtube MIFFest (Siaran Langsnung)

Website |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge