Tomok dan Sharul Kamal Cipta Magis di FAMILI DUO 4 dengan Persembahan Memukau!
MAGIS DI FAMILI DUO 4
Juri terpegun, penonton tidak dapat menahan diri! Standing ovation dan markah sempurna 10 dari kedua-dua juri! Mampukah duo sepupu, Tomok dan Sharul Kamal, menggoncang pentas FAMILI DUO 4 dengan persembahan berani mereka sekali lagi?
TOMOK DAN SHARUL KAMAL
Tomok dan sepupunya, Sharul Kamal, mencetuskan sensasi apabila persembahan luar biasa mereka melalui lagu “Aku Penghiburmu” dan “Gerhana”, yang asalnya dinyanyikan oleh Jamal Abdillah dan M. Nasir.
Berjaya memikat hati juri dan penonton, serta membawa pulang kemenangan dengan markah sempurna 10 dan hadiah mingguan bernilai RM10,000! Keduanya turut menerima standing ovation daripada juri tetap, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor. Namun, adakah mereka mampu mengulangi magis ini pada minggu seterusnya?
TEMA SERAM GABUNGKAN VOKAL & KOREOGRAFI
Minggu ini, Tomok dan Sharul muncul dengan semangat membara, memukau pentas dengan tema seram yang menggabungkan vokal menawan dan koreografi yang mengagumkan. Siapa sangka, tarian bertenaga ala rumah hantu mereka mendapat komen positif dari juri.
Duo ini berjaya memberikan penghayatan lirik yang mendalam dan karakter yang sangat hidup Menggabungkan vokal padu sambil menari dengan penuh keyakinan adalah satu cabaran besar. Tetapi Tomok dan Sharul Kamal telah mengatasinya dengan cemerlang, meraih markah sempurna 10 dari kedua-dua juri dan undian tertinggi sebanyak 64.5%.
STANDING OVATION DARI JURI
“Kami tidak menyangka dapat standing ovation! Memang tak jangka, tetapi kegembiraan ini datang dengan tanggungjawab besar. Tekanan semakin terasa kerana juri dan penonton pastinya ingin melihat sesuatu yang lebih gempak dan luar biasa dari kami setiap minggu. Kami perlu mencari idea baru dan tampil lebih hebat lagi!”
-ujar Tomok dan Sharul Kamal di minggu pertama magis di Famili Duo 4
PASANGAN NAQIU – JOEY RUPANYA
Namun, persaingan sengit datang dari Naqiu dan Joey! Pasangan sepupu ini juga telah menarik perhatian ramai dengan kemunculan Joey di pentas setelah hampir 25 tahun tidak menyanyi. Keserasian mereka di atas pentas, dipadankan dengan vokal bertenaga Joey dan karisma pentas Naqiu, telah memukau penonton dan juri.
TIDAK LETAK HARAPAN BESAR
“Kami tidak meletakkan harapan besar pada minggu pertama. Dapat mengelirukan tentang pasangan yang akan berduo dengan saya pun sudah kira berjaya. Saya dan Tomok telah berjuang dari kecil bersama. Jadi saya sangat gembira dengan setiap persembahan dan peluang untuk kami bersatu di pentas yang sama.”
-kongsi Naqiu dimana duo ini mendapat tempat kedua dengan 59.0%.
SAHUT CABARAN WALAUPUN MASALAH TONSIL
“Walaupun ada masalah tonsil, saya tetap sahut cabaran ini. Umur saya pun sudah seperti pokok, jadi tidak salah mencuba dan membuat come back lagi. Saya anggap pentas ini sebagai tempat untuk orang mengenali asal usul saya. Setiap orang perlu establishment!”
-kata Joey, yang akhirnya dipujuk oleh Naqiu untuk berduo, melahirkan semangat tinggi dan ini antara magis di Famili Duo 4
TEMA MINGGU DUA – IRAMA MALAYSIA & TRADISIONAL
Pemenang duo minggu pertama berdepan cabaran besar untuk mengulangi prestasi hebat mereka. Mereka tampil lebih berani dengan memilih tema Irama Malaysia dan Tradisional sebagai cabaran untuk minggu kedua.
Adakah duo lain seperti Naqiu dan Joey mampu mengubah rentak dan mencuri kedudukan teratas? Atau adakah standing ovation sekali lagi akan menjadi milik Tomok dan Sharul?
KEPUTUSAN MINGGU PERTAMA
Berikut adalah senarai kedudukan persembahan di minggu pertama #FamiliDuo2024:
1. Tomok & Sharul Kamal (sepupu) – 64.5%
2. Naqiu & Joey (sepupu) – 59.0%
3. Ayie Elham & Salma Asis (sepupu) – 48.3%
4. Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik) – 46.9%
5. Zahid & Anne (adik-beradik) – 35.8%
6. Didi Astillah & Thamiera (sepupu) – 31.5%
Tak sabar nak tonton persembahan duo di minggu ke dua nanti!