HONOR X9c 5G: Telefon Pintar Kelas Pertengahan dengan Ketahanan Luar Biasa dan Jaminan Terbaik
HONOR X9C 5G
Memperkenalkan model terbarunya, HONOR X9c 5G, di Malaysia. Sejak kemunculan awalnya secara dalam talian, telefon pintar ini telah menarik perhatian ramai. Kini ia disahkan akan dilancarkan dalam waktu terdekat.
HONOR X9c 5G dihasilkan dengan mengutamakan ketahanan dan kualiti, menandakan penanda aras baru bagi telefon pintar kelas pertengahan.
ASPEK TERBARU HONOR X9C 5G
Salah satu aspek paling mengagumkan mengenai HONOR X9c 5G ialah ciri Pertahanan Tiga Tahap Ultra Kukuh. Telefon ini dilengkapi dengan tiga elemen utama: Anti-Jatuhan, Kalis Air 360°, dan Kalis Calar. Ciri-ciri ini memberikan pengguna perlindungan yang luar biasa dalam menghadapi cabaran seharian.
ANTI-JATUHAN
Dari segi Anti-Jatuhan, HONOR X9c 5G mampu bertahan daripada jatuhan setinggi 2 meter, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang sering terdedah kepada risiko peranti terjatuh.
KALIS AIR 360° & KALIS CALAR
Ciri Kalis Air 360° memastikan telefon ini terlindung dari percikan air dan debu, menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam pelbagai persekitaran. Tambahan pula, Kalis Calar yang ditingkatkan memberikan perlindungan terhadap calar yang biasa terjadi dalam penggunaan harian.
PENSIJILAN KEBOLEHPERCAYAAN KOMPREHENSIF LIMA BINTANG SGS
Menerima Pensijilan Kebolehpercayaan Komprehensif Lima Bintang SGS, menjadikannya salah satu daripada telefon pintar yang paling dipercayai di pasaran. Pensijilan ini merupakan bukti kepada komitmen HONOR untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi yang dapat memenuhi keperluan pengguna moden.
PROGRAM JAMINAN TIGA TAHAP
Bersama dengan ketahanan luar biasa, HONOR memperkenalkan Program Jaminan Tiga Tahap yang pertama dalam industri. Program ini memberikan pengguna perlindungan yang lebih besar dan ketenangan fikiran.
PERLINDUNGAN RETAK DEPAN & BELAKANG 365 HARI
-Pengguna akan dilindungi daripada kerosakan skrin dan kamera selama setahun. Sekiranya berlaku keretakan, mereka berhak untuk mendapatkan pembaikan secara percuma.
POLISI PENGGANTIAN SATU SAMA SATU 180 HARI
Dalam tempoh 180 hari selepas pembelian, jika peranti mengalami kerosakan serius, pengguna akan menerima penggantian telefon baharu tanpa kos pembaikan. Ini memberikan jaminan tambahan kepada pengguna bahawa mereka tidak perlu berdepan dengan kerosakan yang mahal.
JAMINAN BATERI 36 BULAN
Memberikan jaminan selama tiga tahun untuk bateri telefon. Sekiranya prestasi bateri menurun dalam tempoh ini, pengguna boleh mendapatkan penggantian bateri baharu tanpa sebarang bayaran tambahan.
Dengan perlindungan menyeluruh ini, HONOR X9c 5G bukan sahaja menawarkan ketahanan, tetapi juga memberikan keyakinan kepada pengguna untuk menggunakan peranti mereka tanpa risau tentang kerosakan yang tidak dijangka.
PELBAGAI CIRI CANGGIH
Di samping ketahanan dan jaminan, HONOR X9c 5G juga dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih yang memenuhi keperluan pengguna moden. Peranti ini dijangka hadir dengan paparan AMOLED berkualiti tinggi yang memberikan visual yang cerah dan tajam.
Serta pemproses berkuasa yang menyokong sambungan 5G yang pantas, menjadikannya sangat sesuai untuk pengguna yang memerlukan kelajuan dan prestasi yang tinggi.
Sistem kamera yang canggih juga merupakan salah satu daya tarikan utama HONOR X9c 5G, membolehkan pengguna mengambil gambar berkualiti tinggi dalam pelbagai situasi. Dengan kapasiti bateri yang besar, pengguna dapat menikmati penggunaan yang lebih lama tanpa perlu bimbang tentang kehabisan kuasa.
TELEFON PINTAR TERLARIS 2024
“Kami telah mencipta HONOR X9c 5G untuk menawarkan lebih daripada sekadar telefon pintar. Dengan ketahanan dan inovasi yang kami tawarkan, kami yakin bahawa ia akan menetapkan standard baru dalam pasaran telefon pintar kelas pertengahan,” kata Justin Li.