Bunkface Hidupkan Semula Semangat Punk Rock dengan ‘MEMBERONTAK’!
BUNKFACE
Kumpulan punk rock tersohor Malaysia, Bunkface, sekali lagi menggegarkan industri muzik tempatan dengan penerbitan single terbaru mereka yang berjudul “MEMBERONTAK”.
Single yang dinanti-nantikan oleh para peminat ini secara rasmi dilancarkan pada 18 Oktober 2024 di semua platform penstriman. Lagu ini menandakan satu lagi kejayaan besar buat Bunkface, yang sentiasa memperkenalkan karya-karya segar yang dekat dengan jiwa pendengar mereka.
MEMBERONTAK
Mempersembahkan sesuatu yang baru dan menarik dari segi muzik. Bunyi gitar yang lebih “keras” dan riff yang lebih berat menjadi elemen utama dalam lagu ini. Sekaligus mencerminkan tema dan emosi yang dibawa oleh liriknya.
Lagu ini menyampaikan mesej tentang pemberontakan, perubahan, dan keinginan untuk menentang keadaan yang menindas. Seperti mana yang selalu dibawakan oleh Bunkface, lagu ini penuh dengan semangat dan adrenalin yang pasti akan menggetarkan hati pendengar.
RESPONS POSITIF DARI PEMINAT
Peminat telah memberikan banyak maklum balas positif mengenai single terbaru ini.
“Kami menerima banyak respon positif daripada peminat kami mengenai lagu ini, dan kebanyakkan mereka adalah peminat yang telah lama mengikuti serta menyokong karya-karya Bunkface dari awal,”
-Paan, gitaris kumpulan Bunkface, dalam satu kenyataan media.
PASTI JADI TUMPUAN LAGU INI
Paan turut menyatakan keterujaan mereka untuk mempersembahkan “MEMBERONTAK” secara langsung di atas pentas dalam persembahan yang akan datang. Peminat boleh menjangkakan suasana yang penuh keghairahan apabila Bunkface membawa lagu ini ke pentas dengan tenaga yang menjadi ciri khas persembahan mereka.
MELODI CATCHY
Dikenali dengan persembahan bertenaga dan melodi yang catchy, “MEMBERONTAK” tidak terkecuali dalam mengekalkan identiti dan gaya muzik Bunkface. Lagu ini membawa pendengar dalam perjalanan emosi yang mendalam, yang diiringi dengan melodi yang memukau.
Tidak hanya menjadi platform untuk mengekspresikan rasa pemberontakan, lagu ini juga mengingatkan pendengar tentang kebebasan suara dan keperluan untuk berdiri teguh melawan segala bentuk penindasan.
TERUS RELEVAN DALAM INDUSTRI MUZIK
Lagu terbaru ini adalah salah satu cara untuk terus relevan dalam industri muzik yang sentiasa berkembang, namun mereka berjaya mengekalkan elemen-elemen punk rock yang selama ini menjadi kekuatan mereka.
IKON DALAM GENRE
Sejak ditubuhkan, Bunkface telah menjadi ikon dalam genre ini di Malaysia, dengan ramai peminat yang mengikuti perkembangan mereka sejak awal. Dengan “MEMBERONTAK”, kumpulan ini sekali lagi membuktikan bahawa mereka mampu terus menghidupkan semangat punk rock dalam jiwa pendengar mereka.
KHAS UNTUK PEMINAT LAGU INI
Paan turut menyatakan bahawa lagu ini adalah penghormatan kepada peminat lama mereka yang setia menyokong Bunkface sepanjang perjalanan muzik mereka.
“Lagu ini adalah untuk peminat kami yang sentiasa berdiri teguh di belakang kami, yang sentiasa ada sejak hari pertama. Kami tidak sabar untuk membawa “MEMBERONTAK” ke atas pentas, di mana kami dapat benar-benar menghayati semangat dan emosi lagu ini bersama peminat,”
– tambahnya.
Bagi para peminat, berita mengenai persembahan secara langsung untuk lagu ini pastinya merupakan satu berita yang menggembirakan. Dengan lirik yang mendalam dan muzik yang bertenaga, persembahan untuk “MEMBERONTAK” dijangka akan menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilepaskan.
Dikenali kerana mampu menghidupkan pentas dengan aura dan karisma tersendiri, dan pasti lagu ini akan mempersembahkan sesuatu yang lebih hebat dalam konsert-konsert mereka yang akan datang.