LULU ECO HILL SEMENYIH DIBUKA, AWESOME!| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jika anda pembaca setia, pasti anda tahu yang LuLu merupakan salah satu lokasi untuk membeli barangan dapur KP.

Kini, LuLu berkembang dengan membuka cawangan terbaru di Setia Eco Hill Mall, Semenyih. Tahukah yang cawangan ini adalah cawangan yang ke lima didalam Malaysia.

LULU ECO HILL SEMENYIH

Pembukaan LuLu Eco HIll Semenyih ini memberi kemudahan membeli-belah buat lebih 600,000 penduduk setempat.

Dengan keluasan sekitar 36,000 kaki persegi bersama konsep rekabentuk ruang runcit memberi lebih kepuasan dan keselesaan kepada pelanggan yang datang berbelanja.

Disusun rapi dan kemas, memudahkan buat para pelanggan untuk mencari . Setiap barangan atau produk dikelaskan mengikut segmenya tersendiri. Jangan terkejut dimana ada juga hasil Buatan Malaysia ada di sini

Terbahagi kepada 2 tingkat iaitu Level 1 untuk barangan keperluan, barang basah mahupun kering dan juga ada ruang makan

Level 2 pula pada pakaian lelaki, wanita, kanak-kanak , permainan, elektrik dan elektronik juga peralatan dapur.

LULU FASHION STORE

Pelbagai fesyen ada disini tidak kira tempatan mahupun antarabangsa. Buat si kecil mahupun untuk anda dewasa [Lelaki dan Perempuan]

LULU CELEBRATE

ini khas untuk saree, lengga juga kain untuk membuat saree. Lawa-lawa kainnya dan harga yang dijual berpatutan.

LULU CONNECT

Minat dengan peralatan elektronik atau gadjet.? Ini adalah kawasan untuk anda. Boleh dikatakan semua jenama ada disini tidak kira untuk peralatan rumah atau telefon pintar.

BUATAN MALAYSIA

Kalau mencari barangan buatan malaysia disini pun ada juga. Boleh pilih dari pelbagai jenis.

PROMOSI PEMBUKAAN

Berlangsung dari 15 hingga 18 September 2022. Menawarkan pelbagai produk dengan harga yang cukup murah atau harga runtuh.

Ada juga hadiah buat mereka pelanggan awal yang menjadi salah satu tarikan mengapa pada hari pertama panjang beratur untuk memasuki premis LuLu. Antara yang sempat dirakam

PARKING BANYAK TAK?

eh,tak perlu risau kerana di sinii mempunyai pelbagai tingkat untuk ruangan ‘parking’. Bangunan bersebelahan dengan mall Setia Eco Hill, Semenyih.

Yang penting, semua pun ada disini dan harga yang ditawarkan berpatutan dengan produk yang berkualiti tinggi

Website| Facebook |

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge