LESTARY : ANAK SENA TENTANG TOK BATIN UBAH MASA DEPAN |Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. TV3 tidak pernah menghampakan jutaan peminat drama Melayu yang sentiasa mahukan naskhah yang mengetengahkan jalan cerita yang segar dan menarik.

Kali ini slot Lestary mengisahkan kesungguhan tok batin yang mahu mengubah masa depan anak-anak orang asli dengan memberikan pendidikan.

LESTARY : ANAK SENA

Lestary: Anak Sena (8 episod),

Mulai 26 Ogos 2021, Rabu – Sabtu, 9.00 malam

Ilmu mampu mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Itulah pegangan teguh dan impian seorang tok batin yang mahukan anak-anak kaum orang aslinya mendapat pendidikan moden.

Apabila beliau diuji dengan anaknya yang lari dari kampung kerana tidak ingin meneruskan pembelajaran. Dapatkah Sena menyelesaikan kemelut itu? 

Mini Siri istimewa Merdeka Anak Sena ini diterbitkan oleh Kembara Sufi Sdn. Bhd. Diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri dan nukilan skrip oleh MF Kencana dan Irdeena Nur Humaira.

Drama bersiri 8 episod ini menampilkan barisan pelakon seperti Ben Amir, Hadi Putra, Ruzaidi Abd Rahman, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Shasha Abedul dan ramai lagi.  

Ia mengisahkan tentang Sena, tok batin keturunan orang asli yang tinggal di pedalaman hutan. Sebagai ketua kampung, selain mempelajari ilmu hutan, Sena mahukan keturunannya bersekolah dan berpendidikan.

Impiannya untuk melihat anak orang asli berjaya dan dia cuba membuktikannya melalui anaknya Wadi. Setiap hari Sena akan memandu bot membawa anaknya. Sejumlah murid-murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling ke sekolah.

Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan. Untuk memburu binatang dan mencari makanan, tumbuhan, akar kayu, rotan dan belajar ilmu hutan. 

Bagi Sena, anak-anaknya dan anak anak orang asli di bawah jagaannya perlu mendapat ‘ilmu hutan’ dan ‘ilmu sekolah’. 

Cikgu Amir merupakan guru baharu di sekolah tempat Wadi bersekolah. Cikgu Amir rasa tercabar dengan sikap Wadi yang sambil lewa dan tidak berminat dalam pelajaran.

Namun minat dan bakat Wadi terhadap bola sepak berjaya mengubahnya. Tapi selepas berlakunya insiden salah faham dengan Cikgu Amir, Wadi tidak mahu pergi ke sekolah lagi.

Setelah dipaksa oleh Sena, Wadi berpura-pura pergi ke sekolah sehinggalah terjadinya insiden yang mengakibatkan dia bertindak melarikan diri dari rumah.

Kehilangannya merisaukan Sena dan ibunya Kiambang sehinggalah Sena nekad untuk mencarinya.  Saksikan kesudahan drama ini di TV3. Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial

Facebook Instagram TV3 | Instagram Drama Sangat

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge