AXA eMedic, Pelan Insurans Perubatan Dalam Talian Pertama di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

AXA eMedic, Pelan Insurans Perubatan Dalam Talian Pertama di Malaysia |Kos perubatan dijangka akan meningkat sebanyak 12.7%** dalam tempoh 5 tahun akan datang. Keadaan ini akan menyebabkan rakyat Malaysia, terutamanya golongan millennial, menghadapi kesukaran melunaskan bil perubatan yang kian melambung sekiranya mereka perlu dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan atau pembedahan. Menyedari hakikat berkenaan dan bagi memastikan golongan millennial mempunyai perlindungan yang secukupnya ketika mereka baru mengorak langkah untuk berdikari, AXA AFFIN Life Insurance Berhad telah melancarkan Kad Perubatan dalam talian yang pertama di pasaran Malaysia. AXA eMedic dapat membantu golongan millennial yang terdiri dari kalangan profesional serta keluarga muda membuat persediaan untuk menghadapi situasi luar jangkaan.
Pelan insurans perubatan dengan faedah kad perubatan akan dirujuk sebagai kad perubatan untuk tujuan pemasaran
*Kadar bayaran tidak termasuk GST dengan terma &; syarat
**The Edge: http://www.theedgemarkets.com/article/malaysias-medical- inflation-doubledigit- pace
AXA eMedic menawarkan Kad Perubatan dalam talian yang pantas, mudah dan berpatutan untuk rakyat Malaysia berusia dari umur 16 tahun ke 39 tahun serendah RM37*/sebulan untuk perlindungan sehingga RM100,000 setahun. Ini boleh diperbaharui sehingga usia 80 tahun.

“Kami memahami bahawa dengan kemajuan teknologi, golongan millennial lebih menyukai sesuatu perkhidmatan yang segera dan mudah memandangkan mereka meluangkan masa sehingga 3.8 jam*** sehari menatap peranti mudah alih sama ada untuk tujuan sosial ataupun kerja. Mereka lebih suka melakukan transaksi harian secara dalam talian, tidak kira sama ada untuk memesan makanan, membeli-belah, hinggalah membeli barangan mewah. Kini mereka juga boleh membeli kad perubatan secara online dan pada masa samamembuat tuntutan online dengan bantuan AXA eMedic, ”

“Dengan bantuan rakan kongsi yang kami hormati, kami dapat menawarkan sebuah eko-sistem kesihatan yang unik kepada pelanggan kami. Produk berkenaan boleh dibeli secara langsung di laman sesawang kami mulai hari ini. Seramai 11 juta pelanggan Digi boleh membeli AXA eMedic menerusi aplikasi MyDigi. Tambahan pula, produk ini boleh didapati di PolicyStreet dari pertengahan April 2018 juga,

kata Ketua Pegawai Eksekutif AXA AFFIN Life Insurance Bhd. Rohit Chandrasekharan Nambiar.

AXA AFFIN turut menjalinkan kerjasama dengan BookDoc dan Naluri untuk menjaga kesihatan dan  kesejahteraan pelanggannya. Yantrik (yan3k.com) menyokong AXA AFFIN sebagai konsultan pelaksanaan.

“Semua pelanggan akan ditawarkan akses kepada BookDoc, sebuah platform ganjaran kesihatan yang memberikan insentif kepada mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan menyediakan akses kepada pelanggan untuk mencari serta membuat temujanji dengan doktor pakar. Untuk bimbingan profesional dan sokongan psikologi pemulihan, kami turut bekerjasama dengan Naluri, sebuah platform yang mempunyai rangkaian ahli psikologi profesional untuk membantu pelanggan kami mencapai gaya hidup sihat yang mereka inginkan. Seramai 1,000 pelanggan pertama akan ditawarkan 1 bulan percuma keahlian untuk Naluri dan 1 tahun percuma keahlian di BookDoc.

Dengan beraneka pilihan komprehensif yang ditawarkan oleh kami menerusi pelbagai rakan kongsi, kami percaya bahawa kami bukan sahaja menjual kad perubatan, tetapi kami turut menawarkan pilihan gaya hidup sihat serta sokongan kewangan dan psikologi kepada millennial apabila mereka memerlukan perubatan kecemasan. Kami sangat teruja dengan pelancaran ini yang saya percaya adalah sejajar dengan tumpuan Bank Negara dalam memacu jualan digital dan meningkatkan tahap penembusan semasa,”

tambah Rohit.

Dengan pelancaran eMedic, AXA AFFIN Life kini menawarkan insurans nyawa, kesihatan serta perlindungan kanser secara dalam talian dengan hanya beberapa klik sahaja dan ini menjadikan AXA AFFIN sebagai perintis digital disrupsi di Malaysia. Para pelanggan boleh mendapatkan sebut harga secara serta merta dan mendaftar untuk pelan dalam tempoh 5 minit sahaja melalui laman sesawang eMedic di www.AXAeMedic.com. AXA eMedic adalah pantas dan mudah, serta memberi kelulusan segera tanpa memerlukan pemeriksaan kesihatan.

Bagi pelanggan yang sedang mengalami masalah kesihatan atau berusia lebih daripada 39 tahun, AXA AFFIN turut menawarkan pelbagai pilihan daripada rangkaian produk-produk sedia ada dan mereka akan dilayan oleh agen-agen profesional. Agen-agen berkenaan juga akan memberi khidmat kepada pelanggan eMedic sekiranya mereka menginginkan perlindungan yang lebih tinggi atau produk khusus yang memerlukan khidmat nasihat.



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge