Untuk tahun 2024 nie belum sempat untuk join mana-mana larian lagi. Tapi bagai pucuk cita ulam mendatang ada pelawaan tanpa perlu berfikir terus terima. Larian Pos Malaysia Run 2024 yang bakal disertai.

LARIAN POS MALAYSIA RUN 2024

Bakal berlangsung pada 29 September tahun 2024 dianjurkan oleh Pos Malaysia. Pos Malaysia Berhad, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan terkemuka di negara ini.

TEMA LARIAN

“Bertemakan ‘Let’s Run Fast For Fun!’, bukan sahaja meraikan warisan Pos Malaysia. Tetapi juga mengukuhkan komitmen kami untuk membina komuniti. Jua memupuk gaya hidup sihat dengan fokus kepada tanggungjawab alam sekitar.”

“Selepas bertahun-tahun mempromosikan gaya hidup sihat melalui penyertaan dalam pelbagai acara larian dan kecergasan di Malaysia. Kini kami sangat teruja untuk memimpin dalam menganjurkan larian sulung kami sendiri.

-kongsi Fiona Liao, Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian Kumpulan Pos Malaysia,

RAKAN KERJASAMA

Pos Malaysia turut mengumumkan beberapa rakan kerjasama korporat yang akan turut bekerjasama menjayakan acara tersebut.

EON -PENGEDAR TERBESAR

EON Berhad, yang diiktiraf sebagai pengedar terbesar di Malaysia dan memberi perkhidmatan kepada pelbagai jenama kereta berprestij termasuk Proton, bertindak sebagai rakan kerjasama utama untuk acara ini.

“Kami, EON Berhad berbangga menjadi rakan kerjasama utama untuk Pos Malaysia Run 2024. Kerjasama ini sejajar dengan komitmen kami untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan kelestarian alam sekitar .

RAI ULANG TAHUN KE- 40

“Semasa kami meraikan ulang tahun ke-40 kami, bekerjasama dengan Pos Malaysia untuk larian sulung mereka membolehkan kami menyumbang kepada usaha yang bukan sahaja menyokong kesejahteraan masyarakat tetapi juga menekankan kepentingan kelestarian.”

“Kami tidak sabar-sabar untuk menyokong acara ini dan menjadikannya pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua peserta. Meningkatkan dedikasi bersama kami untuk memacu kemajuan dan membentuk masa depan yang lebih baik.”

-kata Akkbar Danial, Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad

Selain itu, rangkaian nama isi rumah terkemuka seperti Bank Muamalat, Cuckoo, Yinson Green Tech, Allianz Malaysia Berhad, Spin, Chek Hup, Reebok, Pos Shop, Pos Aviation.

Tidak lupa SkyBlue Media, Milo, Nature Loop, Sunway Blood, Opack, Perkeso , dan Mal juga telah menyertai untuk menyokong kejayaan acara larian pertama Pos Malaysia.

TIGA JARAK LARIAN

Pos Malaysia Run 2024 dijadual bermula jam 6:00 pagi Ahad, 29 September, di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Ia menampilkan tiga jarak

– Fun Run [6.2km + Fun Zone] – RM75
– 10km – RM80
– 15 km – RM85

Peserta yang berdaftar akan menerima pek perlumbaan yang direka dengan cantik yang mengandungi barangan acara dan barangan bernilai sehingga RM140. Pendaftaran dibuka sehingga 29 Ogos melalui

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara menarik ini dan sertai Pos Malaysia Run 2024 untuk pengalaman larian yang menyeronokkan dan memuaskan yang meraikan kesihatan, komuniti dan kemampanan!

Website|

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge