LAGU JAKARTA KL, TEMUKAN HASIF UPIN DENGAN CINTA HATI?

Kenalkah anda dengan individu yang bernama Hasif Upin? Hingga ke Jakarta hasilkan lagu Jakarta KL?

LAGU JAKARTA KL

Mengisahkan tentang pasangan dari dua negara yang mempunyai latar belakang berbeza lalu mereka jatuh cinta, dan berbagai cabaran mereka lalui di Jakarta sebagai pasangan yang dilamun cinta dalam tempoh masa yang singkat.

HASIF UPIN

Nama sebenar Muhamad Hasif Bin Sharuddin, anak kelahiran Kota Tinggi, Johor yang dikenali dari rancangan “Mikrofon Impian” di Astro Ria dan telah memenangi salah satu episod dalam rancangan tersebut.

“Ketika terjadinya wabak Covid-19 di Malaysia, saya mula memenuhi masa saya dengan membuat content di Tiktok, contohnya Parodi Upin Ipin dan yang terbaru ialah content (10 saat guew bayar)”

Gabungan suara Hasif dan Adeline Margaret yang harmoni bersama menghidupkan lagi watak yang dibawa oleh mereka di dalam lagu Jakarta KL.

BUKAN TENTANG DIRI SENDIRI

“Jarak dalam perhubungan bukanlah satu penghalang. Cinta antara dua negara yang disampaikan membawa mesej tentang keutuhan cinta dua insan yang ikhlas dalam menyulam kasih dan sayang walau dimanapun kita berada, sejauh mana pun kita.”

Menurut kata Hasif, lagu ini tiada kaitan dengan kisah hidup beliau.

GENRE JAZZ KALI INI

“Genre lagu ini pula lebih kepada Jazz dan santai. Ini juga merupakan genre muzik yang saya sendiri tidak pernah terfikir untuk buat. Sebenarnya, ia merupakan salah satu sisi lain yang ingin saya tonjolkan dalam diri saya kepada semua, terutama sekali kepada peminat-peminat saya.

Saya ingin menjadi seorang penyanyi yang versatile, berani untuk mencuba pelbagai jenis genre dan sekaligus membuktikan yang saya juga mampu untuk menghiburkan para pendengar muzik di luar sana.

Lagu ini khas buat semua pencinta muzik, terutama sekali anak-anak muda. Saya juga berharap lagu ini diterima ramai sama ada di Malaysia mahupun Indonesia.”

RAKAMAN CUMA 1 HARI

“Alhamdulillah, sewaktu kali pertama bertemu dengan komposer dan penulis lirik Jakarta KL – Alam Urbach, dan Pika Iskandar, semua proses berjalan dengan lancar dan hanya mengambil masa 1 hari sahaja.

Sebelum bermulanya sesi rakaman, saya ambil sedikit masa dengan berimaginasi tentang percintaan untuk lagu ini dan menyesuaikan diri dengan mood lagu tersebut.”

BERJUMPA DENGAN ARTIS INDONESIA

“Perasaan saya ketika dalam proses pembuatan video muzik, photoshoot, rakaman lagu, saya terasa bagai di dalam mimpi. Dari kecil memang teringin sangat nak rakam lagu dan muzik video di Indonesia.

Saya teruja dapat merakamkan lagu di Indonesia, dapat pula berjumpa dengan artis-artis indonesia yang lain seperti Rossa dan Mahalini ketika rakaman lagu dijalankan. Kebetulan dalam studio yang sama dengan mereka di Jakarta. Kehadiran lagu Jakarta KL hasil gabungan dari dua negara, Malaysia dan Indonesia ini diharapkan dapat memberi nafas baru dalam industri muzik tempatan.

Lagu Jakarta KL, dibawah naungan Armani Entertainment Group (AEG) ini boleh didengari dan dimuat turun di semua platform penstriman atas talian utama

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge