Lompat Bintang ke? Eh salah tajuklah. Lagu ini namanya Campak Bintang! Apa yang menarik ialah karya yang menggabungkan pop terkini denngan warisan budaya melayu.

CAMPAK BINTANG

Sebuah sejarah dilakarkan untuk industri muzik apabila dua ikon muzik Malaysia, Dato’ M.Nasir dan Faizal Tahir berduet dalam sebuah kolaborasi single terbaru. Lagu duet berjudul Campak Bintang terbitan Faithful Music Sdn Bhd dan Luncai Emas Sdn Bhd. Campak Bintang.

GABUNGAN DUA KARYA

Ini adalah sebuah karya menyatukan pop dengan warisan budaya melayu yang membuktikan sinergi antara rentak muzik moden dan irama tradisional .Dengan gabungan kreatif dari mereka yang tak tertandingi, mereka telah menyatukan irama dan sentuhan ikonik dalam sebuah lagu yang mencengkam hati dan merentasi generasi. 

Menurut Faizal, “Campak Bintang” adalah lagu yang mengisahkan pengorbanan melepaskan sesuatu yang kita cintai untuk mendapatkan sesuatu yang jauh lebih berharga.”

MENGAPA DATO’ M.NASIR

Mengenai pemilihan Dato’ M.Nasir untuk berduet, Faizal Tahir menjelaskan pemilihan Dato’ M.Nasir kali ini adalah sesuatu yang besar dan keputusan ini tidak dilakukan sebarangan.

BAGI FAITHFUL MUSIC

“Kami merasakan kehadiran Dato’M.Nasir sangat diperlukan dengan kehendak lagu dan Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Dato’ M.Nasir dan tim Luncai Emas memberikan kerjasama yang sangat baik.”-

-Ujar Faithful Music

BAGI DATO’ M.NASIR

“Dunia muzik telah digegarkan oleh bakat seperti Faizal Tahir dan hampir juga ia diselamatkan generasi ini. Lega kerana ada sang pengkarya yang tidak habis-habis melahirkan karya-karya baru yang berkualiti sejak kemunculannya, Lagu ini, sumbangan kami berdua, adalah satu manifestasi.”

-Ujar Dato’M.Nasir. 

KATA DARI LUNCAI EMAS

Single “Campak Bintang” nyanyian Dato’M.Nasir dan Faizal Tahir adalah hasil ciptaan Faizal Tahir sendiri bersama Romeo,Glowrush dan juga Karim Karam.

“ Kolaborasi ini telah dilahirkan dengan kerjasama kedua-dua pihak. “Syukur keatas hadrat Illahi dengan izinNya, maka sempurnalah satu lagi karya muzik dari dua penyanyi ikon muzik seperti M.Nasir & Faizal Tahir.”

-kata Luncai Emas Sdn Bhd

Tentang langkah seterusnya, Faizal Tahir belum mempunyai sebarang perancangan, tetapi tidak menolak jika ada rezeki untuk berkolaborasi dengan M.Nasir sekali lagi atau penyanyi yang lain. 

Single ini telah dilancarkan di semua saluran digital dan muzik videonya di saluran youtube Faizal Tahir pada 3 Mei lalu. Faithful Muzik dan Luncai Emas berharap single duet ini dapat diterima oleh semua peminat M.Nasir & Faizal Tahir khususnya serta para media dan juga masyarakat

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge