Antara artis yang menjadi pujaan sewaktu tahun 70an. Membesar dengan alunan lagu dari Blues Gang memang best, dengar cerita ada konsert Blues Gang bulan Ogos nie!

KONSERT BLUES GANG

Tidak dinafikan mereka ini sudah berada dalam industri hiburan lebih dari 50 tahun. KINI bakal muncul solo dalam persembahan berskala besar pada Konsert Blues Gang Apo Nak Dikato.

Bakal berlangsung pada 9 Ogos di pentas berprestij Zepp Kuala Lumpur pada jam 8malam bagi melakar momen bersejarah anjuran AV Group.

GENRE BLUES

Utuh memperjuangkan genre blues dan rock sepanjang lima dekad penubuhan mereka, band legenda yang dikenali dengan karya kritis dan berjiwa rakyat.

CERMIN PERJALANAN LIMA DEKAD

Penyanyinya, Ito Mohd berkata konsert ini dianggap sebagai cerminan perjalanan lima dekad Blues Gang pada persembahan yang dinamakan bersempena judul malar segar mereka, Apo Nak Dikato yang dirilis 40 tahun lalu. 

“Secara solo, di pentas sebesar ini, konsert Blues Gang Apo Nak Dikato ialah yang pertama selepas 50 tahun. Kali terakhir muncul dalam konsert berskala besar ialah pada Konsert 2 Raksaksa Reunion pada 2011, tapi bersama Sweet Charity.

RAIKAN KEMBARA LIMA DEKAD

Ini bukan saja eksklusif Blues Gang, malah boleh dianggap rare selepas 14 album kami. Saya sendiri, secara solo pun memiliki 20 album. Justeru, ini cara terbaik untuk meraikan kembara lima dekad Blues Gang, terutama untuk peminat dan penggemar blues.

KENAPA BLUES GANG APO NAK DIKATO?

“Kenapa Blues Gang Apo Nak Dikato sebagai judul konsert istimewa ini? Ini tidak lain sebagai tribute karya dalam loghat Negeri Sembilan ‘paling power’ kami sepanjang 40 tahun ini,”

Sidang media dihadiri Pengarah Urusan AV Group, Zool Azri Abu Bakar dan Shamsul Effendi Mahammad sebagai rakan kongsi penganjuran konsert ini.

Konsert Blues Gang Apo Nak Dikato juga menyaksikan Belbis mengendalikan produksi dan penerbit konsert, manakala Mewah Event Management (MEM) dan Itos Cottage Muzik sebagai rakan-rakan strategik, selain Ilassotickets bagi pengurusan tiket. Konsert ini juga mendapat sokongan penajaan daripada PBH Music & BLW sebagai rakan teknikal.

CABUTAN BERTUAH?

Sebagai penghargaan dan terima kasih kepada peminat yang membeli tiket konsert ini, penganjur dengan berbesar hati akan menghadiahkan beberapa hadiah cabutan bertuah.

Antaranya berupa gitar eletrik, keyboard serta banyak cenderahati menarik yang lain kepada pembeli tiket bertuah. PBH Muzik dan BLW Gitar sekali lagi bermurah hati terus menyokong industri muzik Malaysia dengan menaja kesemua hadiah ini nanti.

Pengumuman pemenang bertuah akan dibuat pada hari konsert dan akan disampaikan oleh kumpulan ini sendiri.

Blues Gang dijangka bakal memperdengarkan semua hits mereka dalam konsert selama hampir dua jam itu termasuk lagu-lagu siulan ramai seperti Ibu dan lagu ikonik Apo Nak DiKato. Selain lagu Inggeris daripada album terdahulu berjudul Malaya Blues yang bakal mengembalikan nostalgia turut didendangkan oleh kumpulan blues lagenda tanah air ini nanti.

HARGA TIKET

Peminat boleh mendapatkan tiket- tiket konsert di laman web mulai sekarang hingga ke tarikh konsert. Peminat juga boleh memilih membeli secara bayaran ansuran sebanyak 3 kali di laman web itu nanti menggunakan aplikasi Atome.

ilassotickets.com 

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    CommentLuv badge