Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Lagi Gambaran Banjir Kilat di Penang Sejak Semalam 4.11.17 |Sejak semalaman hujan turun hingga ke hari ini terutama sekali di Penang, Georgetown. Dikatakan hujan turun lebih dari 10 jam telah menyebabkan beberapa jalan utama ditutup dan beberapa lokasi mengalami dinaiki air memerlukan pemindahan mangsa banjir ke tempat yang lebih selamat. Hujan lebat yang berterusan berserta angin kencang semalam, turut melumpuhkan sebahagian kawasan di Georgetown dan Seberang Perai, selain menyebabkan hakisan tanah, pokok tumbang serta kesesakan lalu lintas luar biasa

Beberapa lokasi di Penang telah lumpuh akibat banjir dan apa-apa berita terkini boleh didapati dari Facebook Penang Kini. Ramai juga pengguna FB berkongi gambar dan video untuk memberitahu berita dan situasi terkini di Penang. Dari sini beberapa gambaran telah dikongsi oleh para penduduk di sana. Moga penduduk di Penang yang mengalami banjir tabah menghadapinya. Insyallah bantuan bakal diberikan pada mereka yang memerlukan.

Facebook Penang Kini : https://www.facebook.com/penangkini/

Ini adalah gambaran di Komtar sejam yang lepas 

Keadaan laluan bawah bulatan Seberang Jaya, di lebuhraya BKE penuh melimpah dah seperti sungai yang dalam nampaknya.. Pertama kali katanya berlaku sebegini

Ini adalah keadaan di Rumah Pusat Penjagaan warga Emas di Jalan P Ramlee ini. Gambaran ini diambil pada jam 430 pagi tadi. Moga bantuan diberikan pada mereka yang memerlukan. Alamat dikongsikan jika anda ingin memberi bantuan 109, Jalan P.Ramlee, Pulau Pinang. No contact 04-2831299

Kawasan Bayan Baru , sebahagian Georgetown , Relau , berhampiran Masjid negeri dan Jalan P Ramlee. Yang dikongsikan oleh para penduduk

Gambaran dari Hotel Seri Malaysia di Bayan Baru, Penang

Credit : Malaysia Menjerit

Tanah runtuh dan mendapan tanah di Kawasan Batu Feringgi.

Antara gambaran yang ada dikongsikan

Moga mereka yang terlibat dalam banjir besar, banjir buruk , banjir kilat ini dibantu oleh mereka diluar sana. Senantiasa berada di tempat yang selamat dan tinggi dan pantau anak-anak jangan dibiarkan bermain air banjir agar kejadian tidak diingini berlaku. Moga segala urusan dipermudahkan dan banjir ini bakal surut secepat yang boleh

3 Comments

  1. boleh kata lumpuh teruk semua ini.. nak pg mana2x pun susah. semoga dipermudahkan urusan dan cepat surut banjirnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge