DAUN KUNYIT, APA YANG BEST?| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Antara bahan utama yang wajib ada jika menjelang Hari Raya Aidilfitri mahupun Aidiladha. Bagi mereka yang meniaga ikan bakar ini adalah wajib ada. Nak tahu apa dia jom baca
DAUN KUNYIT
Merupakan sejenis daun yang selalu dicari terutama untuk masakan. Turun temurun menggunakannya sebagi rempah-rempah dan bahan ubat yang mujarab yang mudah serta murah didapat
NAMA ENGLISH
Diambil daripada pokok kunyit (Cucuma domestica) yang mudah ditanam dalam kebun mahupun dalam pot atau pasu di sekeliling rumah.
DALAM MASAKAN
MASYARAKAT MELAYU
Boleh dikatakan kerap menggunakan dalam masakan tidak kira sama ada sebagai penyedap atau hiasan. Terutama rendang dimana daun kunyit adalah bahan utama.
Antaranya memasukkan hirisan daun kunyit dalam masakan rendang tidak kira rendang daging atau ayam.
Ada juga membakar ikan menggunakan daun ini. Bentuk daun kunyit ini dapat membantu membalut ikan secara keseluruhan.
Juga menaikkan aoma yang memikat dan menambah selera masakan. Kalau memasak lemak cili api jangan lupa letak sehelai dua yea
MANGALORE – MASYARAKAT INDIA
Buat masyarakat India, Mangalore, menggunakan untuk memasak nasi manis yang dikenali sebagai Patholi.
Kebiasaannya daun yang akan diambil untuk digunakan dalam masakan. Tapi kini bukan setakat masakan tetapi boleh digunakan untuk pelbagai produk kesihatan.
Kenali : daun kesum
POKOK DAUN KUNYIT
Setiap tumbuhan dewasa ada daun 3-8 helai daun, panjang daun beserta pelepahnya sekitar 70 cm.
Tanpa lidah daun berrambut halus jarang-jarang. Helai daunnya berbentuk lebar. Hujung daun tirus dengan panjangnya 28-85 cm dan lebar 10-25 cm.
KHASIAT DAUN KUNYIT
DIJADIKAN SEBAGAI MINYAK PATI
Dikatakan yang minyak pati digunakan untuk menghalang pertumbuhan kulat
Selain itu juga membantu menghalang penghasilan toksin yang disebabkan oleh kulat.
PENGAWAL LALAT
Percaya atau tidak ini adalah benar. Berpotensi untuk dijadikan produk mengawal lalat. Dengan minyak pati ini dapat membunuh larva lalat dan juga sebagai bio-produk mengawal lalat
ANTI RADANG
Minyak pati yang dihasilkan menurunkan ciri-ciri anti radang pada kulit. Mengurangkan keradangan kulit teruk dengan mengawal keradangan dan tekanaan pengokisdaan.
SAKIT KEPALA
Jika anda selalu sakit kepala atau pening, ramas beberapa helai daun bersama sedikit air. Sapukan di kepala hingga rata [petua orang tua]
CARA TANAM DAUN KUNYIT
Kunyit boleh hidup subur dengan mempunyai sedikit teduhan. Nak lagi subur di kawasan terbuka dan ada cahaya matahari yang banyak.
Biasa ditanam di belakang rumah dan ada juga yang tanam di dalam pasu terutama mereka yang tinggal di kawasan bandar.
TANAM DAUN KUNYIT DALAM PASU
Cara tanam kunyit ini dikongsikan oleh Puan Nor Robiah Abd Rahman melalui Facebook
Beli kunyit hidup di kedai
Poting rizom [ubi[ kepada 1-2 inchi. Pastikan ada mata untuk tunas pokok
Bungkuskan didalam tisu basah dan masukkan ke dalam bekas tertutup
Masukkan hirisan bawang besar sekali bagi mempercepatkan pertumbuhan tunas.
Senantiasa pastikan tisu dalam keadaan lembab
Pastikan pokok medapat air dan baja yang mencukupi
KESIMPULAN
Kebiasaannya daun yang akan diambil untuk digunakan dalam masakan. Tapi kini bukan setakat masakan tetapi boleh digunakan untuk pelbagai produk kesihatan.
Beruntung dengan manfaat kesihatan yang ditawarkan oleh daun kunyit