A Shimmery Christmastide Tema Sambutan Krismas di Avenue K

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

A Shimmery Christmastide Tema Sambutan Krismas di Avenue K ~Seperti pusat membeli-belah yang lain Avenue K tidak ketinggalan untuk meraikan Krismas tahun ini. Dengan perhiasaan lampu yang berkilauan dimana apabila memandang menjadikan ianya bersinar seriring dengan tema untuk tahun ini ‘A Shimmery Christmastide’. Berlangsung dari 22 November hingga 27 Disember 2019, jangan lupa untuk singgah di Atrium Tingkat Bawah Avenue K.

Ditengah-tengah latarbelakang dibina dari gazebo emas dengan dua patung bidadari yang mengalu-alukan pengunjung untuk bergambar di pokok Krismas gergasi yang ada di sini. Kelihatan candelier merah dan emas yang digantung dari siling menyinari langit ‘Atrium Avenue K’. Ada juga pasar Krismas di sekelilingnya seperti kedai menjual gula-gula, hadiah-hadiah buat anak-anak atau mereka yang tersayang mahupun untuk seisi bertukar hadiah bersama rakan sejawat. Ada juga kedai-kedai yang menjual pakaian dan dekorasi Krismas untuk yang masih belum membeli.

Untuk anak-anak pula ada keseronokan yang menanti apabila datang mengunjungi Avenue K semasa ‘A Shimmery Christmastide’ . Bengkel seni Krismas seperti membuat kalung acorn dan juga rumah kayu. Selain itu jika anda mendaftar awal . anda mungkin mebawa pulang hadiah seperti karikatur peribadi ,patung adunan kuih Krismas dan banyak lagi.

Tidak lengkap tanpa Krismas ‘carol’ dimana melodi harmoni bakal mengisi kegembiraan dan menghangatkan lagi musim perayaan Krismas. Selain itu ada juga seisi bercerita dan menyanyi bersama lagu-kagu Krisimas. Jangan ketinggalan untuk mengambil seberapa banyak gambar yang anda inginkan untuk memori nanti.

Dapatkan hadiah Istimewa

Sempena perayaan Krismas tahun ini, dengan setiap perbelanjaan sebanyak RM400 dan ke atas (RM350 untuk ahli Kad Kuat AK) dalam maksimum dua resit gabungan pada hari yang sama di mana-mana kedai di Avenue K anda bakal membawa pulang pemegang lilin Maghribi yang cantik. Jadilah 300 yang pertama menikmati keistimewaan eksklusif ini untuk memiliki karya seni yang dibuat untuk menambahkan dekorasi yang ada.

Jika berbelanja RM100 dalam resit tunggal di mana-mana kedai di Avenue K anda boleh menebus perkhidmatan pembungkus hadiah secara percuma. Siapa yang tidak suka apabila hadiah dibungkus dengan indah dan diberi oleh yang tersayang kan !

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary KL

Avenue K menjemput anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary KL untuk sama-sama menyambut perayaan Krismas. Anak-anak yatim ini diberi peluang untuk  membeli-belah di Max Fashion untuk kelihatan lebih bergaya pada musim perayaan. Avenue K juga melancarkan ‘Christmas Wishing Tree’ di mana anak-anak diberi peluang untuk menggantungkan impian Krismas mereka di atas pokok.

Setiap impian ini akan dipenuhi oleh pengujung/pembeli yang datang. Pada mereka yang ingin mememuhi impian anak-anak ini bolehlah meletakkan hadiah di Kaunter Maklumat. Hadiah ini akan disampaikan sebelum hari Krismas.  dan pusat membeli-belah akan menyampaikan hadiah kepada anak-anak sebelum hari Krismas.

Jangan lupa untuk membawa keluarga ke Avenue K untuk masa yang menyeronokkan sempena perayaan Krismas dimana pelbgai keistimewaan membeli-belah eksklusif, hiburan, dan paparan yang mempesonakan untuk diingati!

Untuk maklumat lanjut, sila layari,
Laman Web: https://www.avenuek.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/AvenueKMY
Instagram: https://www.instagram.com/avenuekmy/



Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge